Tuesday, July 19, 2005

Tempat makan

Rasa macam dah lama tak update..memang tak sempat. Maklumlah..financial year end..masuk jer ofis, tak kira dah time kerja atau tak..terus jer pegang pen..kerjaaaaa


Balik kerja..singgah umah baru...kerjaaaa..mengalahkan buruh kontrak..sibuk mengecat pulak. Barulah tahu kenapa upah mengecat..upah membersih rumah tu..mahal...

Ateh tgh frust..kat area ateh tu..ada 2 tempat ateh suka makan. Satu is gerai char kuey teow..memng the best in town,walaupun letakknya kat kawasan kampung. Tapi, gerai tu dah di tutup sejak keluarga budak tu terlibat dgn kes tsunami.

Yg ke 2, Restoren Wan..dia ni dah buka lama..tapi, kurang sambutan. sebulan dua ni, dia tukar tukang masak..memang sedap. Tapi, mungkin sejarahnya dia punya food ada kureeenng sikit..org tak berani nak try. Memang setiap kali nak makan thai food..ateh ke sana. Seminggu dua ni..hari2 tutup..frust betul ateh..rasa macam nak cari tukang masak..nak tanya resepi...

So, sekarang ni ateh tak tau nak makan kat mana kalau tak masak kat umah..saper2 tau mana nak cari makanan yg best kat area Puchong??

Wednesday, July 13, 2005

Pindah cepat

Alamak..plan nak pindah hujung august..tapi tau2 ada agenda baru yg penting akan take part pada minggu2 terakhir august nanti. So..kami kena ubah plan sikit..2 minggu terakhir tu, mungkin kena pastikan semua dah ready.

Bukan apa..time tu family aku nak buat majlis perkahwinan adik yg bongsu..dan yg terakhir utk anak2 mak. Dengan orang jauh pulak tu..dan, ini kali pertama selepas pemergian arwah ayah..tentunya mak memerlukan support yg kuat dr anak2 nya. Semalam aku telefon mak dan bagitau yg aku mungkin tak dapat ke rumah sebelah keluarga perempuan di Bintulu. Mak macam frust sikit..sebab mak kata nanti tak der siapa yg nak uruskan pasal barang hantaran..tapi, aku bagitau mak..org lain pun boleh buat. Aku bukannya pandai..tapi suka tolong orang buat hantaran2 ni..

Dr semalam aku duk chase contractor utk cepat siapkan wiring rumah tu. Inilah masalah kalau contractor suka sub kan kerja pada orang lain..dah delay. Aku ingat minggu ni nak cat rumah tu, yg sepatutnya kami buat last week. Kita ni bekerja..jadi masa terluang cuma di hujung minggu. Memang boleh upah..tapi, kosnya akan jadi double pulak. Nasib baik suami aku tu kira bolehlah di harap tutk kerja2 yg simple2 tu.

Harap2 hari ni siap..dan bolehlah kami uruskan apa yg patut by this few week..urusan pemindahan pun, bukan satu yg mudah. Fahamlah..dr rumah teres ke apartment..byk barang2 yg perlu di tapis sebelum di bawa...hmmm...

Thursday, July 07, 2005

Tak der tajuk...

Hari ni aku tak kerja..pagi pagi lagi aku dah dapat satu injection dr doktor..macam biasa, apalagi penyakit yg selalu membelenggu diri aku ni. Lepas kena injection tu..mata ni macam terbuai2..dan badan aku rasa letih sangat. Patutlah masa nak wat injection tu, doktor pilih tangan yg bukan "main"..

Doktor yg rawat aku tu nama dia dr marlina..Kali ke 2 aku jumpa dia. Dia ni lain dr dr yg aku selalu jumpa..ada karisma..Tenguk jer dia..rasa mcm dah sihat. So cute..dan nampak very healthy & bertenaga.Pada ku..memang kena dia dgn profession dia..tak lah cam setengah dr tu..lemah semacam jer. Dr yg macam tu pada aku sesuai di jumpa kalau nak minta mc jer..kalau memang sakit..nak dapatkan rawatan, jumpalah dr yg cergas2 ni..confident level tu tinggi sikit.

Balik umah,,aku rasa bosan semacam. Aku try belek majalah decor. Now baru aku realised..sebenarnya harga utk kita buat flooring rumah menggunakan kayu atau papan laminate lebih murah dr kalau kita guna tiles.Jangan kita compare dgn papan laminate fella & pergo..yg tu memeng mahal..tapi, kalau dr FLOOR DEPOT punya kayu pun, tak kurang hebatnya. Kualaitinya pada aku tetap OK..cuma glamour yg kurang sikit.

Mula2 kami plan bahagian living & dining saja nak guna papan laminate ni..dan dapur & bilik pakai tile. Dapur tu nak guna tiles yg sedia ada jer..Dah last2 ni, kami plan nak tukar lantai dapur jugak..sebab kalau nak tukar lain kali, mungkin a bit problem..tambah pulak bila dah pasang kabinet dapur. Aku dapatkan quotation utk tukar floor dapur yg keluasannya tak lah besar sangat ( 11 x 8 sqf)..Utk tiles aku dapat quotation rm 1,400..tiles malaysia yer..bukan tiless china. Then..bila aku dapatkan quotation utk papan laminate..aku dapat cuma rm 1,000 paling tinggi..dan mungkin turun ke rm 800.

Em..saya decide nak guna floor laminate ni..selaras dgn living & dining, cuma jenis kayu dan warna yg berbeza. Saya rasa mungkin tak ada problem sebab saya ada 2 bahagian dapur..kerja basah2 ni kat bahagian luar..yg ringan2 ni kat bagian depan, yg saya nak pasang floor laminate tu.

So far..kami tak buat major renovation..ala..apartment , apalah sangat yg patut yg renovatekan. Setakat yg simple2..dan semua tu kami buat pelan2..maklumlah, baru pecah dinding sikit..ikat batu bata sikit2..kita ingat 3-4 ratuss..rupanya dah ribu2. Saya rasa cam tak boleh tidur lena..bayangkan table top saya sepanjang 4 kaki..guna tiles 2 x 2 kaki..tak termsuk accessories..harganya rm 800...alahai, tak sampai satu depa. Kenapalah suami saya tak der kepakaran utk buat semua tu.Mungkin pada org lain tak jadi masalah..tapi pada kami yg pendapatannya kecik ni, pening di buatnya.Maka tak hairanlah ada antara rakan rakan saya yg gunakan mat bangla sebagai kontraktor..em..anda berani??Baru seminggu pindah, kawan saya dah mengadu mesih basuh dia ada problem nak spin..sebab lantai tak buat levelling..tak rata, so mesin disa selalu stop2 .

Oklah...bengkak di muka pun dah agak surut..ini hari ke 2 saya mc tahun ni...selalunya saya ambik annual leave jer. Sebab saya takut diaorg kata saya ni mc main2..saya ambil je lah cuti.Saya nak pergi rumah saya hari ni..nak tengok kerja wiring...

Tuesday, July 05, 2005

Nasik Kandar Zainol

Ini kali ke 2 aku makan nasik kandar zainol, PJ. Memang budak2 ofis ni selalu makan kat sana. First time diaorg tapau utk aku..aku makan sikit jer..bila aku komplen tak sedap..diaorg tak puas hati. Pas tu..diaorg bawak pulak aku ke sana..walaupun hati ni berat..aku ikut jer. Em..memang sedap sebab makan panas2 lagi..hari ni pun, boleh tahan.

Sekarang ni aku kat ofis..mata ni mcm di tarik2 kelopaknya. Memang mengantuk betul..alangkah baiknya kalau di sorongkan bantal sekarang ni...

Friday, July 01, 2005

KULAAN

Pagi ni saya ceria sekali..

Saya minum pagi bersama suami di gerai tepi ofis...terdengar gurauan seorang pak aji dgn kawannya dlm bahasa jawa..saya tersenyum...

Pak Aji tu terpnampak saya senyum. terus tanya.."kamu org jawa?"..Aku orang banjar..katanya lagi.

Saya tersengih ..pas tu mengaku saya org banjar...

Dah jumpa Kulaan tu..dia mula lah cerita bertanyakan asal usul saya..malangnya tak banyak yg saya tahu..tapi, yg saya syok sekali..dia kenal arwah atuk saya. Walaupun aya tak berapa rapat dgn atuk saya tu..tapi saya suka bila dapat bercerita ttg dia.

Bila pak aji tu dah balik...org2 kat gerai tu mula memgusik saya..diorg cakap banjar dgn saya..macam biasa..saya faham..cuma lidah tu keras nak membalas..sebab saya tak berapa pandai. Macamana nak pandai..mak saya pun dah tak berapa pandai cakap banjar...

Yg pasti..saya suka dapat jumpa KULAAN...mengenangkan saya akan asal usul keturunan saya...