Monday, May 29, 2006

Sup Ekor






Apa makanan kegemaran anak anda? Anak2 aku ni, makanan kegemaran diaorg memang berbeza which sometimes buat aku pening nak masak. Sorang suka kari, sorang suka sup..sorang suka udang, sorang lagi kurang suka ( walaupun satu masa dulu, sangat2 suka). Entahlah..agaknya bila dah besar, dah tahan pedas sikit..selera dah bertukar.

Liyyah sekarang ni, suka sgt makan sup ekor. Baru ni aku & family gi makan malam kat gerai Perdana, Puchong Indah..order sup ekor. Dlm mangkuk tu ada 4 ketul jer ekor ..satu ayah makan, tiga yg lain..dia belasah. Mama cuma dapat kuah jer lah..Dina? Dia tak makan benda2 yg dia tak biasa nampak.

Adik makan mcm tak pedas langsung tu..selalunya, dia ler yg kalut cari air kalau pedas sikit. Yg best tu..dia angkat ekor tu ..gigit terus. Pas tu..dia akan celup balik dlm sup..sampai meleleh2..yg kakak terangkat2 bahu tengok adik..apa adik makan tu???

Adik makan daging KA sup...sedaaaap. ( Aliyyah guna perkataan KA menggantikan perkataan DENGAN ). So..dia akan cakap like..Adik nak tidur KA mama..Adik jalan2 KA kakak...camtu lah.

Meleleh2 sup atas meja...abis makan, adik tersandar kenyang. Tengok le tu..tak sempat toleh mama snap gambar dia..angakat tangan jer....I FEEL GOOOODDD.

Tuesday, May 23, 2006

Personal Interest

Hari Ahad, lepas main badminton kat PJ..aku, suami & anak2 ke shah Alam. Hari ni ada open day sekolah Dina..dan hari penyerahan report card. Pengalaman pertama nak gi sign report card..excited giler. Buat kat Hotel Delta Inn, Seksyen 3.

Sampai2 kami di bawa ke tingkat 3. Kemain lagi tadika Dina ni..nak sign report card pun jauh2 kat shah alam..hotel lagi ( hotel cikai actually). Bila sampai , kat depan tu ada byk makanan..makaroni, donut, kek..dll. Macam biasa Aliyyah memang pantang jumpa makanan..tak sempat lepas nafas lega, dia dah minta kek.

According to guru kelas dia, Dina quite advanced dr kawan2 lain..kuat main,boleh berkongsi barang dgn kawan2..dan satu yang tak boleh di nafikan, dia memang minat dgn coloring. Lepas citer2 ngan cikgu dia..kami pun turun..pekena Sup Utara Power kat tepi tu..memang power.

Dina memang ada talent melukis mcm ayah dia. sometimes aku macam tak percaya tgk lukisan dia. Bukan cantik mana..tapi, compare dgn aku yg memang tangan kayu ni, dia memang ada bakat. Kalau melukis, mmg dia akan duduk dgn ayahnya sebab ayah pun boleh melukis..senang dia minta tunjuk ajar. Lain lah aku..suruh lukis lembu, aku buat kucing nanti..

Hari tu aku tanya dia bila besar nak jadi apa..dia kata, nak melukis. So..aku betulkan sikit "jadi architect"..so, skang ni dia akan agree kalau aku katakan dia memang nak jadi architect. Nampaknya, aku kena tanamkan minat dia lagi..aku beri kebabasan utk dia..tapi, kalau dia suka, aku akan guide dia..sejauh mana? Asalkan tak membebankan dia yg masih kecik tu..sudah.

Aliyyah nak jadi apa?? Nak jadi Barbie doll jer..itu jawapan aliyyah yg buat aku & ayah geleng kepala..

Monday, May 22, 2006

Hari Ibu





Mendapat sesuatu dr anak tersayang, memang membuat hati seorang ibu tersentuh. Sekeping kad ucapan hari ibu dr anak tersayang walaupun comot sikit , dgn kesan2 padam..siap ada mark A dr cikgu dia..cukup membuat hati ibu tersentuh.

"Happy Mothers day"..Saya sayang mama...Walaupun card tu Dina yg buat, dia tak lupa bubuh nama adiknya sekali. Dari Nur irdina & Nur Aliyyah.

Terima Kaih sayang..I love U two very very much. Thanks ayah..terima kasih kerana mengajar anak anak kita tentang kasih sayang.

Wednesday, May 17, 2006

Happy Birthday to Me - 16th May 1973

Alhamdulillah..berganjak setahun lagi umur ku. Tahun ni dah pun 33 tahun.Setiap kali guru2 menyambut hari Guru..aku tumpang sama menyambut hari lahir..walaupun biasanya sambutan hari guru tu lebih hangat..aku tetap gembira menyambut dgn orang orang yg tersayang.

Dah pun 33 tahun, tapi terasa masih 23 tahun. Walaupun sedar , dah ada anak 2..dah ada lebih tanggungjawab, tapi..tak taulah, masa tak terasa perubahan ketara sangat. Mungkin sebab saiz badan tu masih lagi mcm tingkatan 5 dulu..heh..heh..

Yang buat aku terasa sedikit perubahan ialah berkenaan dgn selera. Dulu aku suka makan aiskrim..sekarang, kalau beli..anak2 jer lah yg menghabiskan..coklat, makanan segera mcm KFC, Mc D..dulu pantang dapat, suka sangat, sekarang ni, tak tau kenapa tak berselera je menengoknya. Agaknya itulah perubahan yg harus kita lalui bila usia dah menginjak.

Dan..tak lupa Selamat Hari Guru untuk semua guru2 di Sekolah Rendah RLKT Lasah, Sungai Siput dan Juga guru Sekolah Menengah Sains Teluk Intan. Jasa semua sentiasa di kenang...

Monday, May 15, 2006

Pancit

Semenjak dua menjak ni, kami berlumba2 nak fit kan badan. Maklumlah..sejak pindah ni, masing masing berjaya menambah saiz perut masing2..kecuali aku lah kan..So, hari ahad tu, kami satu family & jiran2 pergi main badminton kat Dewan MPPJ Petaling Jaya.

Sebelum pergi tu, lepak minum pagi dulu..terus pergi. Baru sampai..tak der warming up pun, masing2 terus main.Salah sorang kawan tu,dia ni memang tak der bersukan langsung for past few years..perut pun memang boleh tahan. Kawan memang excited giler berbanding kami, sebab kami ada main dah last few weeks..Masuk jer court, pukul terus gila gila..smash sana smash sini..wah..mantappp.

Tiba2, tak sampai 5 minit..pancit lah..dia terus duduk kat tepi. Kami relax lah..sambung. Memang dia nampak letih..Lepas 10 minit, tengok muka dia semacam jer..so, one of kawan jugak..ajak dia keluar, ambik angin. Bawak dia jalan2..supaya darah boleh jalan. Elok jer keluar dewan..dia terus lembik..melurut nak jatuh.cam KLCC nak tumbang.Cepat2 husband aku & Din tahan.Huh..berat tu..Memang dia pitam..kami cepat2 kipas..sapu air kat muka dia..bukakan kasut dll. Dalam hati..aku memang gabra habis. Sekarang ni, bukan tak tau..banyak kes yg M*** mengejut je(sorry Halim..ikhlas..itu yg terlintas kat kepala ni). Memang kami panik..wife dia lagi lah..dah la mendukung baby.

After a few second, muka dia nampak OK..bibir pun dah merah balik..baru le mata dia celik balik..legaaaa. Basah gak muka & kepala dia kena siram. Lepas tu..dia dah OK..dah rasa lega balik..then, after 30 minit dah boleh main macam biasa.

Tu lah..those yg dah lama tak exercise, kalau nak mula balik..jgn over excited..badan tu terkejut lagi. Maklum le..lemak2 bergegar..darah panas semacam. Warming up dulu..buat yg ringan2 dulu..pas tu, baru lah teruskan...Makan pun kena jaga..jgn main belasah jer..nanti jadi apa2 yg tak diingini, anak kita kecik lagi..siannn anak kita. Suami tu tak per..dia boleh cari ganti..ehem..ehem..

Tuesday, May 09, 2006

Bowling




Ahad lepas aku bawak Dina main bowling sekali lagi. Aku tengok ada improvement..baling biasalah..asyik ke longkang. Tapi..aku tengok dia makin berani. Selama ni, aku kena temankan dia ke lane melontar..sekarang dia dah berani pergi sendiri. Syok tengok muka dia..kalau bola masuk longkang, nampak frust giler..kalau kena tu..tersengih2 mcm kerang busuk. Jangan tak tau..aku & husband main satu game..dia main 3 game. So..sekarang ni, budget aku kena lebih dah..

Thursday, May 04, 2006

Dina & Liyyah





Hari pertama aku belajar upload gambar kat blog..slow betul aku kan..

Lelaki Melayu

Hari ni topik hot.fm..lelaki melayu kurang romantik. Rata2 yg menalifon mengaku lelaki melayu memang tak romantik. Yang lelaki pulak, memang ada pendapat sendiri mengapa tak romantik.

Romantik? Apa yg di katakan romantik tu..aku pun tak pasti. Sebab kalau aku pulak..kadang2 ada beberapa perception berbeza tentang sesuatu perlakuan tu..walaupun sama. Kadang2..sesuatu perbuatan tu, aku katakan romantik..contohnya bila husband pegang tangan tengah makan..tapi, kalau husband pegang tangan masa nak bershopping, aku rasa cam rimas pulak..kalau pegang tangan nak melintas jalan, kadang kadang OK..tapi, kadang2 aku rasa pergerakan aku terganggu..aku pun tak faham
entah apa yg dikatakan romantik. Cuma..yang aku perasan, bila perlakuan husband aku tu romantik..jantung aku akan rasa bergetar dan ada tersirat rasa bahagia..tapi, bila??Hanya aku yg tahu..Yang pasti, romantik tu bukan lah sesuatu yang boleh di buat2..kadang2 semulajadi.

AKu ada sorang kawan yg suaminya aku kategorikan sebagai romantik. Kalau berbual..memang orang perempuan cair..Puaslah kawan aku ni mencari jalan agar si suami tak pandang orang lain..al maklum, ramai peminat. Aku tengok, teruk kawan aku ni jaga badan, berdressing sakan,..kalau dulu ado2 jo..sekarang dah semakin seksi..em..susah rupanya. Jadi..apa pentingnya romantik dlm hidup ni? Takkan setiap pagi kita nak ber I Love U..U love me..Takkan masak sikit , kita nak suami say TQ..
Entahlah..tak faham aku. Kalau Dr Fazilah Kamsah jumpa aku..sure dia suruh aku masuk kelas dia..

Yang pasti..aku menerima suamiku seaadanya..memang dia bukan lelaki romantik..tak pernah tau erti valentine, tak tau beri bunga ( pernah sekali dia bagi masa anniversarry aku, aku tanya dia nak wat apa bunga ni yer..), tak pandai nak wish kata2 romantik ni..tapi, dialah satu satunya lelaki yang mampu menggetarkan jantungku..dan juga menyelitkan rasa bahagia di hatiku..