Friday, April 27, 2007

Patriotik

Semalam aku berkesempatan melawat bapa kawan aku kat HUKM. Teringat aku kat arwah ayah..maklumlah, kalau dah tua tu..badan dah kurus..dah kecut..suara pun mcm tak berapa nak keluar.

Dah 13 hari pak cik tu kat hospital..dia nampak dah jemu sangat..lagipun, ini first time dia masuk hospital.

Yang best tu, kalau orang zaman sebelum merdeka bercerita..

"pak cik bersyukur sangat2..ini kali pertama pak cik masuk hospital..banyak betul doktor pakar kat hospital ni..hospital cantik, layanan baik. Tak sangka pak cik..selama ni pak cik tak tau kerajaan kita dah semaju ni..ada hospital sebagus ni..alhamdulillah..pak cik ikut je apa diaorg cakap, tak bangkang langsung..kalau sakit pun, pak cik diam jer..".

Banyak le lagi yg pak cik tu cerita..termasuk le betapa susah nya kita masa zaman jepun dulu..memang nampak betapa dia bangga dgn kemajuan malaysia...betapa dia teruja dgn kemudahan yg ada...

Baru aku sedar bezanya bila kita berbicara dgn orang lama & orang baru..sebab kalau melawat org zaman baru ni..biasanya kita akan dengar layanan tak best lah..makanan tak sedap lah,,katil tak sedaplah.....dll yg tak elok ni...

em..seronok sebab semalam pak cik tu siap nyanyikan lagu jepun utk anak2 kitaorg...anak2 aku teruja betul sebab arwah tok dia dah tak der..dan pak mertua aku lak, dia tak mcm org dulu2..dia modern sikit..lain rasanya

Semoga pak cik Mohd Noor cepat sembuh dan dapat menikmati segala kemudahan yg ada sekarang....

Wednesday, April 25, 2007

Impian

Last Sunday..aku baca satu article dlm newspaper pasal Basariah Latif. Kenal tak..dia ni wanita korporat yg famous especially masa dia dgn Avon dulu...dan dia ni juga sangat sangat di kenali sebab pernah kawin dgn Jamal Abdillah dulu..now dah berpisah pun..

Well, bila di tanya tentang impian dia..dia kata, most of dia punya impian semua dah tercapai..dia ada rumah besar..kereta besar, malah bagi dia kalau setakat berjalan ke seluruh pelusuk dunia tu, dah macam tak der apa dah...Now, dia cuma impikan nak tinggal kat gunung...jauh dr gangguan dan dapat beribadat..lebih kurang cam tu lah jawapan dia...

Kita? Apa impian kita?Aku malas nak jawab jawapan yg skima..maksud aku jawapan yg biasa kita dgr..nak rumah besar, nak berjaya..nak anak2 berjaya...sekarang ni, aku punya impian..nak beli satu robot yg boleh tolong aku gosok baju...tu jer...

Setiap hari sabtu atau ahad aku kena gosok 6 pasang baju Dina, 2 pasang baju aliyyah, 5 pasang baju ayah dan 5 pasang baju aku...tu belum yg menggosok hari rabu lagi..sebab baju dina tu tak cukup utk seminggu...menyampah giler aku dgn kerja menggosok ni. Nak pakai maid?..alahai, kurang berminat..umah aku tu kecik ..tak der privacy le pulak aku rasa...

So..saper2 boleh penuhkan impian aku ni? Mungkin zaman anak2 kita nanti....

Tu jer impian aku pagi ni..tak tau le kalau esok pagi impian aku nak cari robot basuh kasut ke..robot lipat kain ke....

Monday, April 23, 2007

Cakap ada makna...

Satu malam, tengah aku sibuk2 menyusun buku2 Dina kat dalam bag dia...

Dina : mama...mama suka tak kalau kakak pandai matematik atau sains?...

Mama : Tentu lah mama suka..bukan tu jer, pandai semua sekali..lagi mama suka

Dina: Kalau cam tu..mama kasi le sepuluh ringgit, kat sekolah ada jual buku sains & matematik..ada CD sekali...

Terus dia duduk sebelah aku..bercerita dgn penuh perasaan...

Geram ada..nak gelak ada..sebab setiap minggu ada je penjual2 buku yg datang ke sekolah..dan dia tak pernah miss membeli..Ada sekali tu, sanggup tak makan sebab nak beli buku...

Apa nak buat, terpaksalah aku letakkan rm 10 dlm bekas pensil dia malam tu...

Kan aku nak anak aku tu pandai....

MInggu lepas jer..dia beli 3 buku..buku muzik, buku sains & buku word puzzle..nasib baik dia rajin membaca..

Lain kali, kalau dia buat soalan lain macam jer..aku kena berhati2..takut terkena...

Friday, April 20, 2007

Pemandu Pagi

Pagi tadi nak pergi antar anak ke sekolah...

Kat satu simpang tu..ada sebijik WA*a yang masuk simpang tak tengok kiri kanan..tak peduli siapa yg lalu main road..laju je menonong. Kereta dia cantik..baru..pemandu pun mungkin smart..sebab aku nampak dia pakai gelang silver..ala -ala macho..

Aku terjerit sekejap..husband aku tekan hon..tau2..dia angkat tangan, husband aku pun angkat tangan..bukan angkat tangan "say sorry"..itu angkat tangan " Apa la lu "..

Aku larang husband balas..tengok2 brader tu tunjuk lak "finger sign"..nasib baik husband aku tak balas..

Pas tu, dia nak masuk kanan..husband aku lalu straight..dia angkat tangan lagi..husband aku mcm dah panas..tapi, aku kata..biarkan....

Anak aku pelik..dia tanya..

"kawan ayah ke?'....Aku geleng...

"kenapa dia angkat tangan kat ayah"...

"Dia nak berkenalan...."aku jawab ringkas..

Husband aku jeling aku..aku malas nak layan...

Teringat dlm kepala tentang satu statement...

RAKYAT MALAYSIA BERUBAH PERANGAI BILA DAH MULA PEGANG STERING KERETA....

Wednesday, April 18, 2007

Panas Baran

Dah lah tengah pregnant dua bulan..kena pukul pulak, geram betul aku.

Ini kes kawan aku ni lah..ini kali ke 2 dia lari dari rumah sebab tak tahan dgn panas baran suami dia. Dulu belum naik tangan lagi, sekarang ni..dah main kasar. Anak nak masuk tiga..tapi, tak berubah2. Yang aku geram tu..kawan tu tgh pregnant tu..

Dah tiga hari kawan aku menumpang duduk umah pak cik dia..kalau dulu, beria2 suami memujuk..kali ni, dia cuma sms..tanya tak nak balik ke? Kurang sopan betul. So, ari ni kawan aku tu nak balik kampung sebab mak & ayah dia dah diberitahu perkara sebenar..sebelum ni, dia sorokkan...

Sedih jugak..aku tak tau nak nasihat apa. Abis kuat, aku suruh dia tenangkan fikiran..jangan buat keputusan terburu2..bawa berbincang dgn orang tua..Kadang2 hati tengah panas, keputusan yg di buat tu, tak menentu. Ikutkan hati, aku suruh dia pergi buat report kat pejabat ugama jer..dapatkan kaunseling utk suami isteri..

Hai..tak taulah..tak der isteri , nak isteri..masa nak dulu, beria2 si suami berjumpa mak ayah..dah dapat, mulalah tunjuk belang...kesian anak2..trauma tengok ayah marah2..

Saturday, April 14, 2007

Interview

Semalam aku & ofismate lunch kat Uptown foodcourt..tiba2 datang le 3 orang budak dr TV3..kelam kabut di buatnya bila nak kena interview le pulak..kawan2 aku mmg dah bangun,aku jugak yg kesian kat budak2 tu..nak buat kerja kan...

soalan 1 : macamana kita nak buat bila anak kita hilang kat tempat awam?
Jawapan skima : Nak buat apa lagi..kena cari lah..mintalah tolong kat orang lain mcm pengawal keselamatan ke..(kalau shopping kompleks le)..atau minta diaorg tutup pintu masuk keluar..dan yg lebih baik, sepatutnya prevention lah..jgnlah leka sangat membeli belah sampai anak2 ke mana, kita kemana..bla..bla..

Soalan 2: apa pendapat akak pasal hubungan lelaki & perempuan yg masing2 telah pun berkahwin dan berakhir dgn hubungan yg romantik
Jawapan skima: Sebenarnya berkawan tak salah, berapa ramai yg U nak kawan pun, tak der masalah. Yang pentingnya niat..kalau berkawan utk bertukar pendapat tak apa. Yang susahnya bila dah mula nak berkongsi2 masalah rumahtangga lah..berkongsi itulah, inilah..itu yg menyebabnya last2 jadi satu masalah romantik2 ni

Soalan 3: apa pendapat akak pasal seseorang yang suka bergaya dgn barangan berjenama dan mahal, sedangkan dia tak berkemampuan
Jawapan skima: Ukurlah baju kat badan sendiri..U pakai cantik2 mahal2..tapi, balik umah anak tak der susu, nak makan pun tak der beras..apalah gunanya. Kalau U rasa nak bagi orang suka U..lupakan jer lah..kalau dia suka U, macam mana diri U pun, dia akan suka.....

Budak tu kata ( budak tu pernah masuk pertanding OLAY dgn TV3 dulu..comel)..nanti masuk Wanita Hari ini..kah..kah..malu giler.

Aku sendiri nak tergelak dgn jawapan skima aku tu..memang rasa cam balnk jer nak jawab masa tu..

Agaknya macam tu lah Sammy Velu masa dia jawab kat TV seminggu yg lepas

"Semua org salahkan kementerian kerjaraya bila TOL naik..diaorg tau ka kita juga hanya kuli kerajaan"

Agaknya dia pun blurrr masa soalan tu di tanya...dan yg pastinya dia selalu blurrrr

Wednesday, April 11, 2007

CUKAI

Aku masih belum isi lagi borang cukai..masa dah singkat, tapi..malas betul.

Memang aku ada bad experience dengan diaorang ni. Masa aku bujang, aku dah ada file sendiri, kat kampung atap. Bila kawin, aku suruh transfer ke PJ..tempat file husband lah. Pas tu, bila aku check..file kami masih lagi berasingan. Aku inform diaorang suruh semak semula..tau2 suami ada dua file..satu kat PJ..satu kat S Alam..rupanya, diaorg salah masukkan IC suami aku masa file yg pertama dulu. BIla hantar borang, diaorg pergi buka satu lagi file baru kat s alam..mengikut address rumah.

Aku pun call diaorang, minta cancelkan file2 yg tak berkenaan..siap e mail lagi dan yg best tu, aku dah pun dapat e mail jawapan..siap ada b/p pengarah lagi..

Tau2 tahun ni, bila dapat borang, no rujukan masih lagi berbeza..dan file yg sepatutnya dah cancel tu..masih lagi open..huh!! angin satu badan di buatnya...

Itu yg membuatkan aku menyammmmpah sesangat..dah lah under file bujang aku dulu, ada lebihan bayaran cukai..banyak jugak..tapi, bila aku check, diaorg kata tak jumpa dah file tu..

Heh..banyak betul masalahnya..tu lah ramai yg lari dr bayar cukai...

Camner pun..aku tetap akan isi borang tu..sebab itukan tanggungjawab aku sebagai rakyat malaysia..( terimakasih sebab declare 2 mei sebagai cuti...tapi, aku tak puas hati apsal government servant jer boleh cuti sempena pertabalan sultan Mizan?..diapun raja kitaorg jugak...)

Monday, April 09, 2007

Puteriku


Mereka bergaduh..mereka berbaik..mereka bermain..kemudian bergaduh semula. Indahnya dunia mereka..kadang2 aku ikut sekali rentak mereka..bermain, bersembang..berlakon..memang seronok. Aku tahu..tiga atau empat tahun akan datang, aku tak mungkin dapat melalui saat2 itu dgn mereka...Mama sayang kakak & adik..

Friday, April 06, 2007

Momok


Mama..kat sekolah kakak ada momok...kawan kakak nama Suhaila jumpa.

Tapi, dia tunjukkkan kertas ada tulisan ALLAH..ALLAH..langsung momok tu lari...

Ha..ha..aku rasa nak tergelak, tapi tak sampai hati..sebab cerita tu datang dr Dina yg umurnya nak masuk 7 tahun bulan 6 ni...

Aku pun bagi jer lah nasihat..itu sebab kita kena selalu ingat ALLAH..momok pun takut ALLAH..kalau kita sayang ALLAH, momok pun takut kita...

Heh..heh..

Wednesday, April 04, 2007

Hujan

Semalam, masa balik kerja, aku terpaksa menukar laluan ke NKVE. Kelana Jaya dah banjir..so..memang jammed melekat kat situ. Bila lalu kat area Giant S Alam tu..Huyyyooo..sungai dia nampak sangat menyeramkan..macam nak pecah. Kalau hujan sampai malam, confirm air akan naik lagi ke highway & TTDI akan jadi mangsa sekali lagi. Seram betul aku..sampai tak sanggup nak tengok..sebab aku mula membayangkan, kalaulah air sungai tu melimpah waktu aku masih di situ...

So, korang yg bila bawa kereta dlm hujan tu..jgn lah cuba2 lalu kat area yg rendah2 ni..atau yg ada potensi utk banjir..sayang lah nyawa sendiri.

Tuesday, April 03, 2007

Something to Share

Subject: JADIKAN ANAK SEBAGAI WINNER





Assalamualaikum,

Ibubapa adalah antara faktor terbesar dalam menentukan halatuju anak2. berikut ada beberapa tips dari Robert D. Ramsey yang boleh kita jadikan panduan dalam menjadikan anak2 kita antara yang outstanding berbanding rakan sebayanya..selamat mencuba!



1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang
baik. – bila anak kita dipanggil dengan nama yang tak baik, atau nama dah baik tapi bagi pulak gelaran yang tak baik, itu akan menyebabkan anak jadi malu dan rendah diri. Saya ingat lagi kat sekolah dulu org panggil saya mak enon. Malu sangat… rasa mcm tanak gi sekolah pun ade. Apatah pulak kalau yang memanggil nama tak elok tu mak bapak sendri. Lagi la malu kan? Dalam Islam pun sangat digalakkan kita bg nama yang baik untuk anak2.

2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari – ada kajian yang menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk. Bila kita peluk dia setiap hari esp seorg mak, anak kita tau yang kita sayangkan dia. Dia akan tau kita akan jadi penyokong dia paling kuat. Dia akan sedar bahawa kita sentiasa ada jika dia kurang berjaya. Emosi dia akan terbela.

3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang - pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran. Memang la ada masa kita perlu marah tapi jgnla buat muka marah sampai kawan tu takut nak dekat dgn kita langsung. Kesian kat budak. Namanya pun budak…

4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan - Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya. Bila tiap kali kita appreciate dia, dia akan rasa nak buat lagi dan nak buat lebih baik lagi. Ini la namanya motivasi…

5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu
melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan - mereka hanya
kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan
mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap. Sebenarnya mereka akan belajar lebih banyak lagi dari kesilapan yang mereka lakukan.

6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga – Bila ada masalah eloklah kita selesaikan masalah keluarga yang terdahulu. Kerana, seseorang tu akan lebih tenang kalau takde masalah keluarga. Anak2 perlu diberi keutamaan kerana mereka sedang membesar dan proses ini akan terus berlalu dan tak akan kembali jadi jgnlah cemarkan keperibadian mereka dengan sikap mementingkan diri kita.

7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh - Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban. Ini akan menyebabkan mereka menjauhi kita. Kalau kita tak mau sunyi di hari tua, jgnlah sunyikan mereka pada usia muda mereka.

8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap. Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap. Seronok sebenarnya layan bebudak bercakap. Adik saya pun dalam kategori budak lagi, kalau sesekali layan dia cakap rasa mcm kelakar. Saya penah jumpa dgn kawan anak saya umur baru tiga thn tapi mulut boleh tahan, rasa mcm tak logic je tapi seronok. Ala, mcm aznil Tanya budak tu, Tiger Wood berasal dari mana, pastu budak tu jawab Zoo… untuk kita sendiri, ini adalah satu hiburan yang takleh dibeli di tempat lain.

9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya – ada masa2nya mereka akan gundah gulana. Ada masa mungkin diorg berselisih dgn kawan. Ada masa mungkin dia dah tercederakan jiran. Jadi, kita bantulah sedaya kita supaya mereka tidak rasa sendirian dalam menyelesaikan masalah yang bagi kita kecik tapi tu mungkin masalah mega bg diorg.

10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya. Jgn kita sendiri kelam kabut bila ada yang menimpa. Jgn kita tunjuk yang kita gelabah. Be cool!! Setiap masalah yang telah Tuhan takdirkan pada kita ada penyelesaiannya. Jadi, jgn gabra2.

11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain.

12. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali – ade setgh budak kene byk kali ajar, baru dia faham. Mcm anmum punya iklan tu..Wardina tunjuk byk kali baru anak dia faham. Anak saya sendiri dalam satu hari ntah berapa kali dia tunjuk kat mata dia suruh saya sebut eye, tunjuk kat telinga suruh sebut ear. Jgn marah sbb kalau marah nnt terbantut la proses pembelajaran dia.

13. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. Bila saya baca ni, rasanya tak salah la saya selalu pimpin tangan anak2 even dalam rumah pun. Bila nak ajak dia bangun je, saya hulur tangan. Even nak kedapur pun untuk bancuh susu diorg. Kalau kat luar mmg lah sah2 pegang sbb saya jenis serabut perut takut anak terlari tgh jalan ke.

14. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka – jadilah pendengar setia mereka. Kalau pasangan kita mimpi pun apa salahnya kita dengar. Best hape dengar cerita dari mimpi. Mcm drama tapi takde skrip, takde director, dan takde siaran ulang tayang.

15. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

16. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam – biasakan ajar dia salam kita sebelum lena. Cium dahi diorg esp mak nya..mcm cerita omputeh kan selalu dia gi bilik tidur anak n selimutkan diorg.

17. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. Ada masa anak kata papa ni garangla.. tu sbnrnya dia menegur so, ubahla. Jgn jadi too perfectionist pada anak2. nnt mereka rendah diri.

18. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga. Dan mereka juga akan terasa kurang kasih sayang bila kita mengadap benda lain. Kalau anak2 dah sekolah, biasakan tolong mereka siapkan kerja rumah, atau kita sendiri bg latihan dan perati setiap hari peralihan dia belajar dari satu topik ke topik. Bantu dia belajar lebih dari yg cikgu dia ajar.

19. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. Hoo..seram. tapi ada betulnya. Buatlah sesuatu supaya mereka tak menjauh dari kita. Semoga kita tidak sunyi dihari tua kita.

20. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda. hargailah perasaan mereka supaya mereka juga menghargai dan memahami perasaan kita

Sunday, April 01, 2007

MaulidulRasul

26 tahun yg lalu, pagi2 aku dan kawan2 berkumpul di perkarangan sekolah kebangsaan rlkt Lasah..dengan baju kurung & tudungnya. 2 orang senior darjah 6 akan membawa sepanduk..Bukan murid sekolah saja, cikgu2 dan orang kampung pun ikut serta. Dari situ kami akan berarak..berjalan menuju ke rumah pengurus felda..lalu ikut peringkat dua..lepas tu terus ke arah sekolah menengah...sampailah ke arah kedai pak leman jambang. Kat depan tu ada padang & sekarang ni dah pun jadi tapak masjid kampung aku.

Jauh..memang jauh..naik turun bukit..sambil tu bersalawat dgn penuh semangat..memang meriah..tiba kat padang, ada persembahan nasyid, ucapan dr orang2 tertentu ( x ingat)..dan akhir sekali kami dapat nasi bungkus. Dulu2 aku rasa kami dapat nasik tu dlm plastik jer..mana ada bekas polisterin putih cam sekarang ni..tapi, apa2 pun kami cukup happy.

Lepas tu, aku rasa dah lama tak ada..betul ke orang kata perarakan tu di haramkan? Aku tak pasti..tapi, memang tak jumpa dah..kat kampung aku pun dah tak ada..kesian budak2 sekarang,..tak dapat rasa semua tu..

Pagi tadi,pihak penduduk Puchong berinisiatif menghidupkan semula budaya tu. Mula2 memang aku malas nak join..panas dan kesian anak2 letih. Tapi..ayahnya beria2 ajak..nak bagi anak merasa pengalaman tu.So..pagi2 buta , giliran aku pulak membawa anak2 berarak sempena maulidurrasul...ramai, lebih kurang 2000 orang yg turut serta. Jauh jugak..dlm 2 km..yg semput dan letih, kitaorang yg tua2 ni..budak2 tu..relax jer, mcm tak rasa apa pun.

Tapi..aku tak bagitahu diaorg yg aku sebenarnya tak rasa begitu bersemangat dan happy seperti yg pernah aku rasa dulu..kami dulu lebih bersemangat..bila berselawat tu ..rasa bersemangat dan laungan tu boleh dengar satu kampung. Budak2 sekarang ni..lebih kepada malu..diaorng lebih suka nyanyi lagu rock terjerit2 dr berselawat.

Atau..aku dah tak rasa seronok sebab aku bukan budak2..kalau aku budak2..mesti aku seronok....