Friday, July 07, 2006

My Last Day

Today is my last day here..dari pagi aku mcm tak tau nak buat apa..dan dgn selambanya aku membuka blog pagi2...aku tak tau nak tulis apa sebab tulis lebih2, nanti aku yg sebak.

Aku pernah melalui saat2 ni ..bila aku habis belajar dulu. Masa habis ITM tak terasa sangat..tapi, masa aku tamat belajar Form Five dulu. Time tu rasa sedihnya..meleleh2 air mata.Maklumlah, 5 tahun bersama, pagi petang siang malam..huh!memang susah nak di hadapi

Hari ni aku akan cuba control ayuuuuu gitu...sebab kalau aku sedih2..nanti husband aku mesti senyum2 kat aku. Pagi2 dlm kereta..aku dah warming up dgn lagu POP YEH YEH..aku cakap ngan husband, warmed up utk ceria2..Dan malam ni aku rasa aku akan turun ke Playground kat bawah umah tu..utk jogging melepaskan tekanan..(actually badan aku dah sakit2..sebab dah berapa minggu aku tak exercise)

Eh..aku baru habis baca novel Bagaikan Puteri tulisan Ramlee Awang Mursheed..( betul ke..aku cam ingat2 lupa nama penulis ni). Cerita dia..wow, tak sangka. Aku jarang beli novel penulis lelaki sebab pada aku, lelaki ni naluri diaorg agak kurang sensitif..so, mungkin penulisan diaorg agak kurang ada Umph utk novel2 ni. But..this is really surpeised. Kisah dia macamana seorang gadis yg koma telah masuk ke zaman yg lepas, abad ke 15 dan melalui zaman2 yg pernah di baca melalui buku2 sejarah. Walaupun namapak agak pelik, tapi penulis mampu mengolah cerita dgn baik dan nampak smooth sekali perjalanan tu..dan semuanya nampak logik kerana ianya sentiasa bersandarkan kepada kekuasaan ALLAH TAALA. The best part is, husband aku yg selama ni tak pernah sentuh any novel yg aku baca..dah mula membaca d
an satu mlm dia boleh habiskan sampai chapter 23..Credit to the writer..

Well..aku akan stop kat sini..walaupun hari ni tak siapa akan marah kalau aku nak buat apa..aku masih hormatkan diaorg sebabgai aku puya boss & kawan2 lain...So, kalau kat ofis sana masih mengizinkan aku access internet, aku akan update lagi..kalau tak, kena tunggulah bila aku berpeluang menulis di rumah...

Tuesday, July 04, 2006

Sebak rasanya

seperti yg aku janjikan..berita ni akan aku kongsikan dgn semua. Hari Jumaat ni adalah hari akhir aku kat company ni, MOL.Com Berhad..yg dulu namanya Dijaya Enterprise Berhad.Perasaan aku memang bercampur baur..sedih nak tinggalkan kawan2 lama..nak tinggalkan suasana kerja yg aku dah sangat2 familiar. Gembira sebab akhirnya aku berjaya melepaskan diri dari risiko2 yang aku sendiri tak pasti..dan berjaya menempatkan diri ke tempat baru.

Memang banyak kenangan yang tak mungkin aku lupakan..especially bila aku dapat ESOS tahun 2000. Bayangkan..dgn modal hanya rm1000, aku mampu meraih keuntungan sampai mencecah harga sebuah teres house 2 tingkat.Mana mungkin aku lupa saat2 aku menang first prize lucky draw masa dinner tahun 2000. Dan..mana mungkin aku lupa saat2 aku menang best dress tahun 2004 masa dinner company. Aku juga tak lupa bila setiap tahun aku pasti mendapat hadiah dlm tournament bowling..badminton dll...aku tak pasti samada tempat baru nanti aku mampu mengecapi saat2 manis macam tu.

Mana mungkin aku lupa kak rubee, cindy, teng, tam, ayop dll...aku memang dewasa bersama kawan2 ni. Aku masuk company ni masa aku bertunang..berkawin, ada anak 2..lama betul aku kat sini..dah berakar umbi..

Semua ni akan menjadi kenangan..saat2 berkrisis dgn boss..saat2 kena marah..saat kena buat stock check..saat2 berpindah dr subang jaya ke PJ..saat2 kena marah bila boss tau aku pergi interview..dan saat2 terakhir ni..rasa sayu semacam jer...

semua ni akan menjadi kenangan manis..paling manis..

sebak rasanya