Tuesday, October 25, 2005

Persiapan Hari Raya

Ahad lepas Dina ikut saya & ayahnya pergi berniaga kat stadium..

" Mama, kenapa kita nak pergi jual -jual?..tanya Dina

" Mama nak cari duit sebab mama belum beli lagi baju raya kakak & adik"

" Kakak nak pakai baju yg warna purple tu..bukan yg gaun tu, yang baju dgn kain tu" explain Dina lagi

" Oh..itu baju kurung, tapi..itu kan yang tahun lepas punya. Mama nak beli yg baru punya.."

" Iye lah yg baju kurung tuuu..kakak nak pakai yg tu hari raya nanti.."

" Kalau nak pakai yg tu..baju kurung yang mama suruh ibu buat tu, nak buat apa? Saya tanya dia balik

" Yang baru tu, kakak nak sedekah je kat masjid..."jawab Dina dgn muka yg begitu confident..

Ayahnya tersengih2 memandang saya..Saya tau, mesti dia perli saya sebab dia suka kata saya yg melebih dari budak2 tu bab2 baju raya ni. Dina & Liyah tak excited langsung pasal baju raya..mama dia yg excited nak tengok baju budak2 tu.Saya yg bising bila suami tak dapat luangkan masa utk kami mencari baju & kasut budak2 tu..rupanya Dina ada agenda yg lebih menarik lagi..

Tahun ni, memang saya slow sikit. Last year, belum apa2, baju saya & anak2 dah siap. Cuma..baju ayahnya saya belikan bila dah hujung puasa, bukan apa..dia selalu menolak bila nak di belikan baju melayu..katanya, baju melayu kawin dulu pun tak berpakai..Tahun ni, baju anak2 baru ada sepasang baju kurung, sepasang gaun..dan sehelai seluar panjang. So, weekend ni saya kena carikan dua helai T shirt & kasut utk tiap2 orang..cukup. Cukuplah yg lepas2..saya excited membelikan diaorg baju..sampaikan bila dah balik sini, ada few baju yg masih belum di sentuh.Rasa membazir jer..walaupun baju2 tu masih boleh di pakai, aura rayanya dah hilang..

Mamanya? Tahun ni cukup dgn sepasang baju kurung, itupun..baru dihantar hari ahad lepas. Nasib baik kakak saya sanggup jahitkan selepas saya memujuk..itupun jahitan sembat kat tangan ngan bawah baju saya kena buat sendiri..

Ayahnya?..saya pun tak pasti..kalau saya sibuk belikan baju melayu dia pun..lepas pukul 11 pagi jer, dia dah pakai baju melayu dgn jeans/slack..silap2 dia berlenggeng jer..nantilah, hujung minggu ni last shopping..ada few lagi barang yg perlu di cari . Yang pastinya, tahun ni..budget saya kurang sedikit..bukan apa, mengikut peredaran zaman..mak saya kat kampung pun dah pandai cerita pasal inflasi sekarang ni..

Wednesday, October 19, 2005

Perginya Nurul Syafiqah

Moga dijauhkan suasana sebegini berlaku kepada kita.....


Rabu, 5 Oktober, 1 Ramadhan, jam 8.15 pagi. Segalanya berhenti. Deru angin,
kicau burung, juga lintasan dan angan-angan. Dengan lembut roh Nurul
Syafiqah bt Siti Hawa, 11 tahun, anak kedua kami dipisahkan dari jasadnya
sehingga saya, isteri dan tiga putera lainnya, Ahmad Luqman Hakim, Ahmad
Ikmal Syafiq dan Umar Mukhtar menyangkanya tertidur nyenyak.

Tragedi tidak bermula Subuh awal puasa itu.
Aturan Ilahi tentang kematian kerap menyentap, mengejutkan lena, memancung
cita-cita, namun punya rahsia tersembunyi, yang mungkin tidak terbongkar
sampai bila-bila.

Jumaat, 30 September, 12.45 tengahari. Syafiqah telefon dari sekolah. "Akak
tertinggal bas, boleh ayah ambil?" Saya terdiam, banyak kerja mesti
disiapkan; artikel politik kampus untuk harakahdaily baru setengah jalan.
"Akak jalan kaki, ya?" pintas Syafiqah selepas saya membatu.

Semalaman membakar pizza
"Tapi banyak barang kena bawa ni," asaknya tanpa nada mendesak. Hari itu
Syafiqah 'menjamu' guru-gurunya dengan juadah pizza masakan ibunya.
Semalaman dia menunggu pizza dibakar oven. Sememangnya Syafiqah suka sekali
membawa makanan ke sekolah, tidak lama dulu nasi daging.

Sehingga dia mengalah, saya langsung tidak terasa apa-apa bahawa Syafiqah
mulai letih dengan demam dan sakit tekak yang dideritainya. Petangnya
Syafiqah telefon maklumkan dia dapat tumpang kawannya balik.

Malamnya, apabila sampai depan rumah, lambat pula Syafiqah buka pagar.
"Awat lambat?" Saya merungut walaupun cahaya lampu kereta menyerlahkan muka
Syafiqah yang pucat.

"Akak cari tudung."
"Malam gelap, tak ada siapa nampak," jawab kebodohan saya.
Ketika itu tidak teringat langsung bahawa Syafiqah kini cukup prihatin
dengan aurat. Nak masukkan karung sampah di belakang rumah pun Syafiqah
pastikan bertudung dulu.

Set nasi ayam
Sabtu, 1 Oktober, sepatutnya saya tunaikan janji dengan Syafiqah. Selepas
tamat UPSR dan PSRA, dua hari sebelum itu, Syafiqah minta set nasi Ayamas.

"RM5 saja ayah. Akak teringin nak makan dengan kawan. Kami jalan kaki pun
boleh." Masya-Allah, saya seolah-olah tidak mendengarnya sambil memberi
jawapan tidak pasti, "esok ... esok."

Isteri saya, Siti Hawa memberitahu Syafiqah tidak selera makan malam tadi
apabila saya minta izin ke KL hadiri mesyuarat penggerak demokrasi bersama
Mat Sabu. Nasi goreng kampung dengan sambal belacan kegemarannya hanya
ditatap, kemudian disimpan dalam peti sejuk. Saya masih tidak terasa
apa-apa sedangkan takdir hanya menunggu masa.

"Ayah pi sekejap aja, sebelum tengahari selesai, nanti malam kita balik
kampung," kata saya kepada Syafiqah sambil berjalan ke kereta. Raut muka
cerianya seperti terlindung. Saya seakan terlupa Syafiqah anak berjiwa
kental, sesekali tidak menunjukkan rasa sakit minta dimanja walaupun
sememangnya sedang menderita.

Lewat petang, selepas menukar tayar kereta di Hulu Kelang, memecut laju ke
asrama anak sulung kami, Luqman, di SAM 10, Cheras. Aduhai, janji dengan
Syafiqah sudah luput.

"Bawa akak ke klinik, tekak makin perit," katanya, juga tanpa menunjukkan
rasa sakit.
Masih sempat bermain-main
Klinik famili kami, Dr Mahyuddin Yassin tutup. Saya ke klinik sebelah,
dekat Taman Sri Ampang. Semasa menunggu, Syafiqah bermain-main dengan dua
anak kecil. Nampak letih tetapi tetap gembira.

Saya berbisik, "Nak balik kampung?" "Ayah baliklah dulu, akak boleh tinggal
dengan nenek," balasnya.
Ketika neneknya datang malam itu, kami sudah bersiap nak balik Kedah.
Syafiqah tenang saja. Kalau anak lain tentu akan merengek. Emak mentua saya
akan membawanya ke hospital periksa darah, takut-takut denggi.

Dalam perjalanan kami dimaklumkan Syafiqah tidak diserang demam maut itu.
Lega. Melalui SMS, dan itu kali pertama Syafiqah menggunakannya, dia
bertanya, "ayah di mana?" Sambil melintasi Taiping, saya menjawab. Selang
beberapa lama nada SMS berbunyi, juga dari Syafiqah, soalan sama, di
samping memberitahu dia muntah.

5 pagi, kami sampai di Kampung Raja, Kubang Pasu. Saya maklumkan kepada
Syafiqah. Kemudiannya kami diberitahu Syafiqah malam itu asyik sembang
dengan neneknya, maklumkan kandungan SMS.

Ahad, pagi ke petang (begitu juga Isnin) temujanji saya padat di Alor
Setar, Syafiqah terus SMS. "Mulut akak pahit, nak buat macamana." Saya
menjawab, dan Syafiqah bertanya hal lain pula. Sehingga malam baru saya
sedari SMS tadi rupanya "gagal dihantar". Ya Allah, rupanya Syafiqah terus
menunggu dan menunggu ...

Selasa pagi kami berangkat pulang. Walaupun jangkanya dapat bertolak
sebelum jam 10, tapi disebabkan singgah banyak rumah saudara-mara, itu pun
tidak sempat menziarahi pusara bonda Aisyah (sesuatu yang tidak pernah saya
tinggalkan jika balik kampung), menjelang 1 tengahari baru kami keluar ke
Pekan Tunjang, seterusnya ke Lebuhraya Utara Selatan.

Di rumah neneknya, Syafiqah makin lemah tidak berselera makan, dan asyik
menyebut nama ayah dan ibunya. Tapi bicaranya tetap ramah, suaranya masih
bertenaga. Kami solat Maghrib di R&R Sg Buloh. Syafiqah desak saya jemput.
Sekali lagi, ayah yang tidak mengerti perasaan anak di hujung usia itu,
minta tangguh esoknya, atas alasan letih.

Celoteh bersama Luqman
Syafiqah berkeras. Dia menggesa nenek dan pamannya hantar segera ke Bukit
Ampang. Ketika Syafiqah tiba, saya keletihan di katil. Namun terdengar juga
celotehnya dengan Luqman. Dia bercerita tentang bagaimana darahnya
diperiksa. Saya dimaklumkan kemudiannya, Luqman pun tidak memberikan
respons sewajarnya, juga kerana letih dan mengantuk.

Awal pagi terdengar Syafiqah asyik masuk keluar bilik air, muntah. Ibunya
berlari-lari anak menyantuni, antara Syafiqah dan adik kecilnya, Nurin
Afifah, 2 tahun, yang juga terbatuk-batuk. Setengah jam sebelum Subuh kami
sekeluarga di meja makan, bersahur, termasuk Syafiqah.

"Fiqah tak payah posalah," kata saya. Ampun Tuhan, suara suara agak tinggi
minta Syafiqah kembali tidur dan berehat, kebetulan kerusi di meja makan
tidak cukup untuk semua kami.

7.45 pagi, 1 Ramadhan, isteri mengejutkan lena saya. Syafiqah menjerit:
"Ibu, sakit! Ibu, sakit! Dari atas saya mendengar suara Syafiqah cukup
kuat, tidak pernah dia menjerit selantang itu.

Melihat keadaannya, jantung saya berdegup kencang. Taqdir makin dekat. Tahu
ibunya menyidai basuhan, Syafiqah bersuara, agak perlahan: "Dahlah ibu,
suruh abang sidai kain, akak sakit ni."

Kuatnya semangat Syafiqah
Tapi bicara Syafiqah masih jelas, dia sendiri minta ke hospital. Saya
renung matanya, langsung tidak berair, maknanya dia hanya menjerit bukan
menangis. Ya Allah, kuatnya semangat anakku ini. Sememangnya sejak malam
tadi saya berkira untuk ke hospital pagi-pagi esoknya.

Namun, saya dan Siti langsung tidak terlintas Syafiqah akan berangkat ke
alam lain, meninggalkan fitnah dunia. Rupanya Siti sudah memandi dan
membersihkan tubuhnya.

"Bagai bayi saya mandikan Syafiqah, cuci rambutnya. Nampak kakinya kuning,
tubuhnya sejuk, tapi langsung tidak terbayang dia mahu pergi selamanya,"
cerita Siti kemudiannya kepada kawan-kawan yang menziarahi.

8.00 pagi. Suara Syafiqah tetap jelas bila meminta saya memapahnya keluar
dari bilik solat. Bersama Siti, saya menuntunnya ke ruang tengah. Selepas
didudukkan, saya perhatikan wajahnya seolah-olah tanpa darah. Ketika itu
baru lintasan hati mengilhamkan sesuatu yang pedih dan perit.

Syafiqah masih sempat minta saya papahnya ke kerusi panjang di depannya,
mungkin dia mahu berbaring. Saya cuba mengangkatnya tapi tidak terdaya,
Syafiqah terasa berat.

Semasa sibuk mengemas untuk ke Hospital Ampang Puteri - 4 km dari rumah
kami - saya, Siti dan anak-anak terpandang Syafiqah seperti menarik nafas
panjang, dua kali. Lehernya terlentok.

Subhanallah, janji Allah sudah sampai. Mata saya dan Siti berpandangan,
namun kami tidak sempat memberi reaksi lain kecuali mempercepatkan Syafiqah
ke hospital.

Terasa hangat
Hati saya berkata-kata sambil cuba menatang tubuh Syafiqah yang masih
terasa hangatnya. Selepas menghidupkan enjin kereta saya memanggil jiran
sebelah, William, sama-sama mengangkat Syafiqah.

Berkali-kali namanya dipanggil. Syafiqah nampak seperti nyenyak tidur.
Dalam kelam-kabut itu saya pandangan saya letak ke wajah Siti, ibu yang
mengandungkan Syafiqah dan Syafiqah membesar di depannya sehingga menginjak
usia 11 tahun.

Harapan ibu tetap tinggi. Sambil memangkunya di kerusi belakang, Siti tidak
putus-putus menyebut nama Allah. Air mata tidak sempat tumpah lagi. Tumpuan
saya ke arah jalan raya yang sibuk pagi itu. Perjalanan ke hospital terasa
begitu aneh, kiri kanan jalan seperti sunyi sepi. Degupan jantung kuat
sekali.

Tangan kanan memegang stereng, tangan kiri menjamah tubuh Syafiqah. "Panas
lagi," harap Siti walaupun menyedari tiada apa yang bergerak di tubuh
Syafiqah.

Mulut saya terkunci. Mata terasa panas. Bergenang air mata Siti tapi
harapannya tidak pudar.
Saya memberhentikan kereta di lobi kecemasan. Hon dibunyikan bertalu-talu.
Melihatkan reaksi awal kakitangan hospital ketika mereka mengangkat tubuh
Syafiqah, jawapannya jelas dan pasti. Syafiqah sudah pergi meninggalkan
kami.

Ketika saya memimpin Nurin dari kawasan letak kereta, dan Siti sedang
menemani Syafiqah, saya belum dimaklumkan secara rasmi tentang kehilangan
jantung hati kami itu.

Namun berat sekali kaki diheret menaiki tangga. Saya mendukung Nurin sambil
menciumnya: "Kakak dah tak ada Nurin."
Sebaik melangkah masuk hospital, saya nampak Siti sedang mengisi keterangan
peribdi Syafiqah. Saya dengar hampir semua maklumat penting Syafiqah yang
diberikannya salah.

Ketara pucat
Siti menoleh ke arah saya, wajahnya tenang walaupun ketara pucat. Saya
tidak perlu bertanya lagi. "Fiqah dah tak ada, bang," getar suaranya jelas.

Berdepan jasad kaku Syafiqah, terlintas, bagaimana sewaktu tiga tahun saya
menderita sakit misteri, terlantar di rumah, tidak mampu bekerja, saya
sering terhibur dengan celotehnya, gurau manjanya, malah puas terasa bila
dia mengurut lenguh badan. Kerap dia teresak-esak menangis bila melihat
saya mengerang kesakitan.

Tapi, ya Allah, apabila dia menderita sakit, saya tiada di sisi, malah
tidak pun sempat melayannya dengan baik, dan banyak janji tidak tertunai,
walaupun sekadar nasi Ayamas yang selalu disebutnya.

Air mata mula tumpah dan hingga kini, selepas seminggu, air mata itu belum
mahu kering lagi. Al-Fatehah. - UM


"When the going gets tough, the tough keeps going"

--------------------------------------------------------------------------------------







PETIKAN DARI E MAIL YG SAYA TERIMA DR KAWAN

Pengalaman Pertama Buat Biskut Raya

Dah 8 tahun aku kawin..inilah tahun pertama aku mencuba utk buat biskut raya sendiri. Aku pun tak pasti kenapa..tapi, tengok orang lain sibuk2 buat biskut..teringin pulak nak mencuba.

Kebetulan kakak aku yg di shah alam tu mengandung dan tak bercadang nak buat biskut raya tahun ni..so, aku pun pinjam le oven dia. Tegok2..dia dah readykan utk aku oven, penggelek tepung, papan penggelek, acuan ..siap buku resepi sekali. Heh..heh..terkejut diaorang bila aku nak buat biskut raya..sebab selalunya aku tukang order biskut yg paling aktif..

Hari Ahad malam, aku & family ke TESCO utk beli bahan2 nak buat biskut. Tercangak2 aku kat sana..aku tengok jer kakak2 yg ada kat situ..diaorg beli..aku beli..diaorg beli..aku beli..ntah biskut apa aku nak buat, belum plan lagi.

Hari Isnin, lepas berbuka..aku mulakan projek aku. Baru jer nak keluarkan Mixer ( Yg aku dapat masa lucky draw, seawal umur aliyyah dan tak pernah aku gunakan )..anak2 dah berkerumun kat tepi kabinet dapur. Aku keluarkan tepung dan bahan2 lain..dah ada tangan2 kecil yg mencapai. Huh..sampai aku tak boleh berdiri kat situ..Terkejut agaknya budak2 tu..apalah mama nak buat ni.

Pertama kali bakar..aku tengok husband aku tersenyum2..perli lah tu. Aku relax jer..bila dah masak, husband aku keluarkan loyang..kah..kah..dia gelak besar...

"Ma..biskut apa ni? Hitam..."

Aku pun tergelak..tapi, yg sebelah tengah, elok pulak. So, bakar kali ke 2, aku guna bahagian tengah jer..dan, alhamdulillah ..OK.Percubaan pertama memang kelakar..biskut aku hitam..terlalu manis (sebab ikut resepi 100%..dan agak keras )

Malam tadi, aku buat lagi..anak2 dah nampak kurang excited. Aku pun dah pandai adjust bahan2..tak ikut resepi 100%..Ha..biskut aku dah jadi..pada aku, dah sedap sangat lah tu..cuma rupanya jer kureeng sikit. Nantilah..aku akan mencuba lagi sampai perfect.

SEmalam masa mak mertua aku telefon..Dina bagitau Pah dia...kakak tolong mama buat kuih raya, tapi kuih raya mama hitam...Aku dengar Pah gelak kuat..tapi, aku tak kisah..sebab Pah memang tau, menantu nya ni memang tak pernah buat kuih raya..

Malam ni aku buat buat biskut oren..seronok rupanya buat kuih ni, kalau dah jadi satu..nak cuba yg lain pulak..pas tu, cuba yg lain pulak..patut le setengah orang tu, kuih raya jer berbalang2..Aku?? SEtakat ni satu jenis ada la dlm 25 ketul jer..sebab tepung aku kena pau dek Dina & Liyyah.

Friday, October 14, 2005

Suasan ramadhan kali ini..

Pejam pejam celik, sudah 10 hari ramadhan berlalu.Alhamdulillah..puasa ku masih penuh lagi. Suasana ramadhan kali ini agak berbeza dgn ramadhan yg lalu. Mungkin keadaan kejiranan baru yg menyebabkan ramadhan kali ini lebih di rasai. Dulu saya berjiran dgn keluarga China & India..kiri & kanan. Kali ini, tidak lagi.Rumah yg saya duduki pun, betul2 atas surau..memudahkan urusan solat terawih di jalankan. Mungkin bila kami sama2 mengalami masalah utk mendapatkan rumah kami dulu..menyebabkan kami lebih rapat dan cepat kenal ramai jiran. So, bila hujung minggu, saya kena memasak salah satu juadah berbuka dgn agak banyak. Saya terpaksa gunakan periuk besar yg selama ni tak pernah saya gunakan. Sebab..bila dah tiba pukul 6..adalah yg sms, yg beri salam..yg terus ketuk pintu..ada saja yg menghantar juadah berbuka. Jangan tak tahu..lepas berbuka pun ada lagi yg menghantar...

Teringat dulu2 semasa berbuka di kampung..mak memang memasak banyak sebab adik beradik kami ramai. Air jer dah 4-5 jenis..maklumlah, ada 10 anak..alang2 dah nak buat byk air..buat jer lah bermacam warna..Kami tak pernah berbuka di meja..mesti bentang tikar & bersila. Arwah ayah memang pandai memasak, bubur lambuk, nasik minyak..itu semua kepakaran ayah.Tapi sekarang ni peluang utk berkumpul semua adik beradik dah susah sangat2..rindu betul saya di buatnya...Harap2 raya kali ni kami dapat sekali lagi berkumpul beramai2..

Thursday, October 13, 2005

Puasa Vs Kuasa

Irdina memang sebut puasa tu..kuasa..Puas aku ajar, sekali ingat..lepas tu sebut balik.

Semalam, masa nak hantar dia pergi nursery, aku bagitau dia..

"Mama dah gorengkan nugget utk kakak & adik. Makan sama2 yer "

Tiba2 dia marah2.." Dina kuasa lah mama, mana boleh makan."

Aku cepat2 betulkan semula cakap.." Oo puasa yer, nanti pukul 11, kakak makan le, nanti pengsan pulak "

"Tak nak..mama simpan balik nugget tu, jangan masuk bag kakak"

Tak nak spoilkan mood dia ke sekolah, aku ambil tupperware nugget dia, letak balik atas meja.Tapi, sorok2..aku masukkan juga dlm bag.

" Ma, botol susu adik mana"..tanya ayah

Sekali lagi Dina menjerit..serius.." Adik pun kuasa jugak, mana boleh minum susu"

Hai..susah betul budak ni. Bukan aku tak bagi puasa, dia baru 5 tahun..adik nya baru nak masuk 3 tahun..nak puasa camana?

Sampai di sekolah, dia paksa aku bagitau cikgunya yg dia puasa. Ayah terus bagitau cikgu.." Dina puasa cikgu"..Cikgu tersenyum sambil jawab..Good, belajar2..

Dalam kereta kami berbincang.Aku ingat hari sabtu, pukul 7 pagi tu ( dia bangun awal)..aku akan suruh dia makan & minum...lepas tu, nak suruh dia puasa sampai pukul 12..alang2 dia nak, boleh lah cuba..

Petang..dlm kereta, dia dgn selambanya makan gula2..

" Eh, kata kakak puasa"..tegur ayahnya..

" Mama tu ayah...kakak nak kuasa, mama suruh kakak makan pukul 11..kakak makan le..."

alahai Dina..

Last2 ayah kata kat aku " Dia nak kuasa lah mama...bukan puasa"...????

Yang anak kakak aku pulak, pukul 6 dah sibuk nak makan..lapar le tu. Ayahnya pujuk le..

" Pukul 7 nanti, makan lah, dah boleh berbuka "


Tengah semua org sibuk2...tengok2 dia dah meneguk air dgn rakusnya..

" Eh..apasal minum pulak ni.."tanya ayahnya..

Dia tak menjawab..cuma tangan nya saja tunjuk jam kat dinding..tepat pukul 7 ...


Apo nak di kato..dah sendiri yg ambil mudah..budak2..memang lurus..

Wednesday, October 05, 2005

Ramadhan

SElamat Menyambut Ramadhan kepada semua. Hari ni hari pertama berpuasa..dan hari ini juga hari pertama ku akan berniaga di Tapak PAsar Ramadhan, Taman Medan, Petaling Jaya. Kalau di area PJ, di situ lah terdapat paling banyak gerai..ada 150 gerai..dan aku dapat tapak yg paling tengah..tapak 74.

Aku dah pun sediakan 4 jenis puding buat permulaan..Puding Cocktail, Puding Pandan Sago, Puding kek Gulung & Puding Jagung. Itu lah yg termampu aku buat dgn tenaga yg ada..heh..heh..percubaan pertama. Kalau aku larat..aku teruskan..kalau tak..nanti aku sewakan jer lah tapak tu.

Buat masa ni aku ada ajak sorang kawan utk share..dia sibuk cari tapak meniaga, tapi tak dapat. So, aku rasa tak salah aku ajak dia kongsi. Tapi, itu lah masalah nya kalau berkongsi ( bukan kongsi niaga..kongsi tapak je )..Aku type yg tak suka lengahkan masa..aku jenis yg cepat..aku bukan jenis yg sambil lewa..tak bersungguh..bila aku berkongsi dgn orang yg sebaliknya..aku kena banyak2 bersabar.
Kadang2 aku geram..tapi, aku belajar sesuatu..bukan semua semua orang boleh berniaga..pada aku, kalau nak berniaga kena ada disiplin..tak boleh ambil mudah kerana setiap detik adalah berharga..Kalau tak, masuk angin keluar asaplah..badan letih, apa pun tak dapat.

Apa apa pun, semoga aku berjaya...berpuasa & berniaga....