Tuesday, June 27, 2006

Happy Birthday Sayang




Happy Birthday Sayang...24th June 2006, genap Dina 6 tahun. Dina dengan hadiah harijadinya...Mama & Ayah sayang kakak so much..

Friday, June 23, 2006

Penantian

Lebih Hangat Dari Biasa...

Heh..heh..kata kata tu, sajer jer..meminjam kata kata Farah Fauzana..

Aku tengah menunggu surat dr seseorang..memang penantian satu penyiksaan, dan inilah yang aku alami sekarang ni. Apa nak buat..dia lebih berkuasa. Setelah aku di tolak..dia kutip aku kembali..dan aku tak melepaskan peluang untuk mendapatkan yang terbaik untuk diriku. Kiranya di persetujui..sejuta kesyukuran ku panjatkan ke hadrat illahi..Kiranya tidak, apakan daya..aku akan terus melangkah..selagi aku terdaya..kah..kah..aku memang tak reti bersastera.apatah lagi mengarang cerita cintan cintan ni..

Sebenarnya camni..ari tu aku gi interview kat satu company...masa interview session yang first tu..mamat tu interview aku sempoi giler..dan aku pun menjawab seadanya..maklumlah, selepas 9 tahun aku tak menghadiri session yg sebegitu. Pagi aku gi interview..after lunch dah panggil utk second interview..wow..ini sudah bagus ni.

Aku gi second interview..ngan mat salleh pulak. Cam tu jugak..sempoi jer. Rasa rasa cam nak dapat jer..sebab diaorg cam bagi hope kat aku..heh..heh..perasan le ni.

Tunggu punya tunggu..mood pun dah slow down..gatal lak tangan ni nak tulis e mail kat diaorg ..nak tanya pasal result interview lah..Kah..kah..gagal...frust gak..tapi tak per..sebab kau bukan mengnggur pun sekarang ni.

Dua tiga hari lepas tu..ada sorang kawan called..bagitau...actually both interviewer dah setuju nak amik aku..tapi, HR tak berapa agree sebab kalau semua malay kat situ, company akan face problem during hari raya..( co ni US company )...Aku pun, tak per lah..make sense jugak lah..

Dua tiga hari pas tu..aku received called dr HR dia..offer satu post lain utk aku..Aku check lebih kurang..check job scope dll..seems to be OK...and memang related jugak dgn apa yg aku buat selama ni.

So..sekarang ni aku tengah tunggu lagi..apa yg dia akan offer aku secara officially..sebab verbally hari tu dah negotiate..tapi, apa apa pun, aku kena make sure semua betul2 OK. So..sekarang ni..aku masih menunggu surat dr diaorg..memang membosankan..sangat2 membosankan. Aku bukan minta lebih2 sangat..tapi..saper suruh korang reject aku hari tu..pas tu panggil balik..aku jual le mahal sikit.

Kalau aku jadi nak berhijrah nanti..aku akan cerita ngan korang semua yek..doakan hajat aku di makbulkan..dan diaorg tunaikan permintaan aku..ala..bukan kau minta company car ker...entertainment allowance ke..aku sedar le siapa aku ni..tak layak utk semua tu..aku minta seadanya jer...

Friday, June 16, 2006

Sri Melaka / premix 3

Ateh baru balik menjamu selera kat Sri Melaka, Amcorp Mall. Sejak duduk di PJ, dah jarang kami dapat tempat makan yg best & sedap. Nasiblah ada satu ...Sri Melaka ni lah. Mungkin tak ramai yg familiar dgn PJ ni..susah lah sikit.

Tadi ateh makan meehun tomyam..tengah makan teringat2 ayah..kami memang hantu Thai Food especially seafood. Dua dua anak ateh tu pun sama..Masa besday ayah dulu, ateh dah bawak dia ke sri melaka..pekena asam fish..kaw punya. Ayah kata..bestttt. Tadi punya meehun pun..kaw punya..Lupa nak snap gambar, tak kalu..boleh le ateh konsi ngan korang..

Sekarang ni aku tengah syok main games premix 3, petronas..so far paling cepat atehboleh wat 13 second..ha..ha..apa nak buat, server kat sini slow betul..nak submit tu pun, terkial2..korang try le..bagi email address..nanti ateh invite..bukan senang nak dapat minyak free ni...

Tuesday, June 13, 2006

Buruk siku

Semalam Dina bagi ayah Fathers Day card..

Masuk dlm kereta.." ayah..selamat hari ayah"

Thank You..ayah tersenyum, since kad tu ada tali, ayah gantung kat cermin depan kereta. Dina suka sangat..maklumlah, di hargai ayah..Dina dapat satu kiss

Kami bergerak ke pasar malam...Dina mcm biasa meligat jer..ayah marah / tegur dia..dia masamm muka...

" Ayah..bak balik surat Dina tadi...."

Ayah terkejut..aku tergelak kuat...

Kesian ayah..tak sampai 5 minit dapat fathers day kad, dah kena ambik balik....

Thursday, June 08, 2006

Perwira






Sabtu lepas, 4/6/06, aku,suami,anak2 dgn keluarga salina ( kawan ) pergi ke Dataran Merdeka sempena perbarisan sempena Keputeraan Agung. Dah banyak kali kami plan nak bawak anak2 tengok perbarisan ni, tapi..tak tercapai lagi. Maklumlah..bawak anak2 ke tempat yg ramai orang camni..banyak nak kena fikir.

Kami naik LRT seawal 7.30 pagi..memang kosong. Berlari2 budak2 tu dlm LRT..nak marah pun, tak tergamak..biarlah..LRT ni kan duit mak ayah pun ada share..heh..heh..

Perbarisan baru bermula masa kami sampai..teruja budak2 tu tengok ..betapa segaknya perwira bangsa kita berdiri tegak..melangkah..dengan penuh gaya. Selalunya tengok dlm TV jer. Orang tak lah ramai sangat..cuaca pun tak panas sangat. Tak ramai orang yg sanggup bangun awal..kemudian berpanas utk melihat acara sebegini.

Bila kami bergerak ke belakang..bertembung pulak kami dgn gang2 komando..( aku rasa) yg muka berceloreng tu. Anak anak dah tak mau ke depan..excited sangat dapat tengok askar muka hijau + hitam..last2 kami duduk kat belakang..bagi peluang anak2 menemuramah askar muka hijau +hitam..Tengoklah gamabr tu..segakkan diaorg..

Hasilnya..petang ahad aliyyah demam. Kesian..panas betul badannya..Pukul 3 - 6.30 aku tak tidur menjaganya..agaknya terkejut tengok muka askar tu kut...


Apa apa pun, kredit tu Mr Hasrul Nizam yg telah menghasilkan shot terbaik utk gambar2 askar tu..anak2 aku cukup suka dgn gambar tu..siap suruh aku beli camera canggih camtu..

Friday, June 02, 2006

Kerja lain..

Minggu ni saja dah 3 orang officemate aku hantar resignation letter. Memang agak membimbangkan sebab kita masih di sini..orang lain dah mengatur langkah keluar. Tapi, itu memang di jangka..dan aku rasa lepas ni akan ada ramai lagi yg keluar.

Bulan ni gaji OK..masuk jugak hujung bulan, tapi dua bulan lepas & sebelumnya, gaji cuma masuk 4hb..itu yang membimbangkan kami. After 8 tahun kerja kat company ni, inilah kali pertama aku menghadapi benda ni..dan ianya amat menggusarkan hati.

Sebenarnya company ni bukan tak bagus..sebelum ni sangat bagus..tapi, secara peribadi aku merasakan ianya semakin buruk dan sangat sangat buruk sejak kemasukan ED baru 2-3 tahun yg lalu. As a typic*l Chi*a man, dia ni percaya sangat dgn Fung Shui..mungkin korang semua tergelak bila aku bagitau..sejak dia masuk, semua right man dia bertukar, dia bawak team baru masuk..dan semua tarikh lahir diaorg tu 24hb. ..sama mcm tarikh lahir dia. Dia percaya yg 24 tu membawa keuntungan yg sangat besar..Lepas tu pulak, bahagian operation kami yg sangat strong sebelum ni pun berpecah belah bila GM yg sorang tu resign ( have to resign) sebab dia bawak org baru yang namanya bermula dgn "ONG".Then , ada sorang lagi ONG yg sebelum ni mmg terkenal dgn ke slow an yg melampau, tiba2 naik ke level yg sangat tinggisebab dia percaya yg this two ONG akan bawak ONG pada company. Hasilnya..bila dah semua yg dipilih tu bukan berdasarkan kebolehan..inilah yg kami hadapi sekarang.

Sebagai salah sorang yg involve dgn account..aku rasa sedih tgk keadaan company sekarang.Yang buat lagi worst, ED ni patutnya dah bersara 24hb May hari tu..tapi contractnya di sambung..dan inilah yg menjadi punca ramai yg resign sebab diaorg dah tak boleh mengharap pada management nak handle the whole situation..

Aku pulak??Tengah make a move...tunggulah, kalau ada rezeki, aku akan kongsikan dgn korang semua..tungguuuuuuu


Doakan aku dapat antar resignation letter bulan ni yek..kalau tak, aku kena cari jalan lain..sebelum sesuatu terjadi kat company ni.