


Sabtu lepas, 4/6/06, aku,suami,anak2 dgn keluarga salina ( kawan ) pergi ke Dataran Merdeka sempena perbarisan sempena Keputeraan Agung. Dah banyak kali kami plan nak bawak anak2 tengok perbarisan ni, tapi..tak tercapai lagi. Maklumlah..bawak anak2 ke tempat yg ramai orang camni..banyak nak kena fikir.
Kami naik LRT seawal 7.30 pagi..memang kosong. Berlari2 budak2 tu dlm LRT..nak marah pun, tak tergamak..biarlah..LRT ni kan duit mak ayah pun ada share..heh..heh..
Perbarisan baru bermula masa kami sampai..teruja budak2 tu tengok ..betapa segaknya perwira bangsa kita berdiri tegak..melangkah..dengan penuh gaya. Selalunya tengok dlm TV jer. Orang tak lah ramai sangat..cuaca pun tak panas sangat. Tak ramai orang yg sanggup bangun awal..kemudian berpanas utk melihat acara sebegini.
Bila kami bergerak ke belakang..bertembung pulak kami dgn gang2 komando..( aku rasa) yg muka berceloreng tu. Anak anak dah tak mau ke depan..excited sangat dapat tengok askar muka hijau + hitam..last2 kami duduk kat belakang..bagi peluang anak2 menemuramah askar muka hijau +hitam..Tengoklah gamabr tu..segakkan diaorg..
Hasilnya..petang ahad aliyyah demam. Kesian..panas betul badannya..Pukul 3 - 6.30 aku tak tidur menjaganya..agaknya terkejut tengok muka askar tu kut...
Apa apa pun, kredit tu Mr Hasrul Nizam yg telah menghasilkan shot terbaik utk gambar2 askar tu..anak2 aku cukup suka dgn gambar tu..siap suruh aku beli camera canggih camtu..
No comments:
Post a Comment