Friday, April 28, 2006

Takut

Pagi tadi sementara aku bersiap2 nak pergi ofis..ada sorang ustaz tu dlm Tv tu kata, manusia ni biasanya takut dgn 5 perkara..yg aku ingat tu..mati, hilang harta & hilang kasih sayang.

Apa kata anda??Aku memang takut semua tu..betul kata ustaz tu.

Aku mmg takut mati..bukan apa, kalau aku mati..kesian anak2 aku yg maih kecik tu. Sekarang ni..semua benda nak aku buatkan..buat susu, mandikan,pakaikan baju..dll.Aliyyah sanggup biarkan diri kesejukan selagi bukan aku yg ambilkan dia tuala. Kadang kadang aku marah sebab dia tak nak langsung ayah buatkan apa apa utk dia..nak kata ayah tu garang, tak jugak.

Hilang harta..pun takut jugak. Bukan apa..harta memang lah tak der..harta aku cuma 2 org anak & suami aku tu ler.Kalaulah aku hilang semua tu..tak tau le camner aku nak menempuhi hidup aku ni..

Hilang kasih sayang..aduh..bayangkan kalau semua yg ada di keliling kita dah tak sayang kita?? Tak tau nak hadapi hidup ni..

Tapi, apa apa pun..ustaz tu kata, takutlah kepada ALlah..kerana dialah yang lebih berkuasa dan tahu apa yg terbaik untuk kita..Semoga kita sentiasa mendapat kasih sayang ALLAH

Wednesday, April 26, 2006

Ayah terkena

Malam tu, lepas balik kelas aerobic, aku duduk dgn husband ngan anak2 tengok american idol. Mula2 ayah tegur Dina sebab makan nugget, tangan minyak2..dia lap kat lantai. Cepat2 ayah ambik mop..mop lantai. Oo..memang ayah camtu,kalau dia baru lepas mengemas..jangan le tersilap sikit..membebel jer lah.

Pas tu, dia pergi mandi. Masa dia mandi tu..aku perasan dua anak aku masuk bilik sekejap..then keluar balik. Bila ayahnya keluar bilik air, aku dengar dia membebel lagi. Aku naik boring..aku tanya.."Ayah ni kenapa..apa yg tak kena ni?"..ayah tak jawab..yg aku dengar.."tak boleh tengok ayah senang sikit..baru nak dengar lagu, dah ada yg mengacau"

Aku tengok muka adik & Dina..Adik kata kakak, kakak kata adik..aku terus cakap kat ayah.."ala..takkan tak boleh dengar radio isu besar sangat..tak yah le membebel, runsing mama dengar."

Last2 aku dengar ayah membebel lagi..

"Elok jer ayah buka kaset Broery tadi..ingatkan nak relax le sikit dlm bilik air tu..tau2 anak anak tukar lagu lain.." Aku pelik...takkan itu pun dia marah sangat..aku tanya" lagu apa budak2 tu pasang?? ....Bila ayah jawab..aku ketawa besar...

Padan Muka ayah..Liyyah tukar dari kaset Broery ke radio "Kel*ng"...

Tuesday, April 25, 2006

Kembali Semula

Memang dah lama sangat aku tak menulis..mcm mcm yang dah jadi kat aku..maklumlah, dah sebulan tak menulis..nak menulis, tapi..masa tak der, idea tak der..

Alhamdulillah..bulan ni bulan rezeki aku. Awal bulan dulu, pertandingan bowling anjuran Persatuan Penduduk Puchong Intan, team aku dapat champion & aku dapat best female player. Lepas tu, minggu lepas aku dapat lagi First runner bagi kategory berkumpulan bowling dan sekali lagi, best female player. Kelmarin Dina punya sports day pun, aku dapat no 2 teka kuaci dlm balang. Heh..heh..seronok anak2 aku bila mama dia menang...

Masa cuti Maulidurasul kami sekeluarga ke Cameron Highland. Tahun ni, budget tak der..so..tempat bercuti pun, yang dekat2..yang murah2 jer lah. Seronok nya dapat membeli belah..bunga2..my goodness..cantik2 nya..rasa gatal jer tangan ni nak memetik..tepi2 jalan pun, bunga2 penuh tumbuh meliar. Beli sayur2..excited nya. Anak2 memang suka kemain..especially masuk farm bees. Siang siang tak lah sejuk sangat, tapi malam hari..aduh,,sejuknya. Aku ni konon konon nak melaram..bawak jacket yg ada bulu2 kat leher tu..labuh sampai ke lutut..tapi, malu giler nak pakai..sebab husband aku kata..china2 kat situ, coken jer..( seluar pendek )..dah nya, aku kesejukan masa nak turun dinner.

Insyaallah..lepas ni aku akan try update blog mcm dulu2..cuba2luangkan masa...