Semalam genap umur adik 3 tahun...adik seorang yg memang agak manja, rajin dan agak pemalu. Semenjak kecil, memang tak susah menjaga adik..tak banyak ragam ataupun demand.Di nursery pun, cikgu kata adik pandai bawa diri..berdikari..dan menjadi kesayangan budak2 lain yg kebetulan 90% tua dari adik.
Saya selalu menanamkan sikap sayang menyayang antara adik & kakak.3 tahun yang lepas, sebaik saja saya melahirkan adik, kami membeli seekor anak patung Pooh..kami berikan kepada kakak dan kami bagitau kakak, itu hadiah yang adik bawa utk kakak.Sampai sekarang, kakak masih menyimpan hadiah dr adik..Semalam, saya belikan dua biji kek untuk adik..satu dr mama & ayah dan satu lagi dr kakak utk adik.Sebak dada saya melihat adik mengucapkan thank You pada kakak.Saya harapkan kedua puteri saya tetap berkasih sayang sehingga kami tiada kelak..
Selamat Hari Lahir adik..Mama, Ayah & Kakak sentiasa sayangkan adik..
Tuesday, November 29, 2005
Friday, November 11, 2005
Open House
Semenjak balik dr kampung hari tu, baru sekali aku masak utk dinner. Yang lain..setiap malam ada jemputan makan..open house. Kadang2 ada yang bertembung masa.Kalau dekat2, kami pergi jugak dua2 rumah..kalau jauh tu, kami pilih jemputan yang terawal. Maklum le..dgn musim hujan..jalan pun jam..susah jugak nak ke sana ke sini.
Seronok jugak..nasik beriayani, lontong, meehun sup, laksa..macam macam adaaaa. Cuma, dah banyak sangat makan..naik tak lalu pulak. Tiap kali pergi jemputan..yang makan bertambah2..tentulah Liyyah. Malam tadi pergi rumah Pak Ngah nya kat Cheras..terpaksa pulak di buka kancing seluarnya..sebab dah sendat. Seluar raya tu..bukan seluar lama. Ramai yang menegur..Liyyah dah semakin bulat..apa taknya, dia makan lebih banyak dr mak nya..
Nasib baiklah saya & suami jenis yang tak payah jaga badan..so, tak der lah kami susah hati..pada yg memang dah berjaya berdiet sepanjang bulan puasa ni..jaga2 lah yer..takut baju raya tu dah tak boleh pakai pulak..

Tuesday, November 08, 2005
Raya
Alhamdulillah..kembali semula bekerja selepas lama bersuti. Selamat Hari Raya untuk semua dan mohon ampun maaf atas segala galanya.
Saya - Raya tahun ni memang di rumah saya..jadi, sambutan agak meriah sebab keluarga saya memang besar. 8 beradik kami berkumpul ( kecuali 2, yg beraya di rumah mertua) dan cucu mak berjumlah 25 org.Memang meriah sampaikan saya rasa letih sesangat sebab tak berenti turun dapur. Raya tahun ni saya agak frust sikit..sebab baju raya yg saya tempah last minute tidak menepati citarasa. Akhirnya, saya terpaksa pakai baju yg dah lama saya tempah, tapi masih belum dipakai lah. Nasib baik ada..Lepas tu, apa lagi..dgn baju tahun lepas jer..
Suami - Tahun ni dia memang kerja kuat sebab dia excited nak tolong bakar lemang. Mula dgn mesin kelapa ( tak larat queue nak beli santan )..sampailah ke proses2 yg lain. Dengan penuh bangganya dia bila orang puji dia pandai jaga api..heh..heh..ada hati nak buat kat rumah sendiri tahun depan..sebab mertua saya tak pernah buat lemang
Dina - Memang tahun ni dia beraya sakan. Excited betul dia mengutip duit raya. Dia dapat extra rm40 dr adiknya. Dari siapa dia collect, saya pun tak tau. Kalau dah dapat duit dr orang tu..dia tak nak salam dah..bukan dapat duit dah, katanya.Tiap kalai nak pergi mana2, dia mesti monyok sebab dia takut kami nak balik KL..atau pergi umah OPah dia..maklumlah, kat umah nenek byk kawan..
Adik - Ntah kenapa adik asyik nak memerap jer. Tapi, nasib baik ramai yg melayan dia. Memang dia dah pandai sekarang ni..dah pandai berkomunikasi dgn sepupu2 yg lain..Dia pun dah pandai kira duit..marah bila kita pegang duit dia..
Apa2 pun..raya tetap raya. Suasana memang berbeza dgn hari2 lain. alhamdulillah kerana Tuhan memberi kesempatan utk berhari raya bersama ...

Subscribe to:
Posts (Atom)