Alhamdulillah..kembali semula bekerja selepas lama bersuti. Selamat Hari Raya untuk semua dan mohon ampun maaf atas segala galanya.
Saya - Raya tahun ni memang di rumah saya..jadi, sambutan agak meriah sebab keluarga saya memang besar. 8 beradik kami berkumpul ( kecuali 2, yg beraya di rumah mertua) dan cucu mak berjumlah 25 org.Memang meriah sampaikan saya rasa letih sesangat sebab tak berenti turun dapur. Raya tahun ni saya agak frust sikit..sebab baju raya yg saya tempah last minute tidak menepati citarasa. Akhirnya, saya terpaksa pakai baju yg dah lama saya tempah, tapi masih belum dipakai lah. Nasib baik ada..Lepas tu, apa lagi..dgn baju tahun lepas jer..
Suami - Tahun ni dia memang kerja kuat sebab dia excited nak tolong bakar lemang. Mula dgn mesin kelapa ( tak larat queue nak beli santan )..sampailah ke proses2 yg lain. Dengan penuh bangganya dia bila orang puji dia pandai jaga api..heh..heh..ada hati nak buat kat rumah sendiri tahun depan..sebab mertua saya tak pernah buat lemang
Dina - Memang tahun ni dia beraya sakan. Excited betul dia mengutip duit raya. Dia dapat extra rm40 dr adiknya. Dari siapa dia collect, saya pun tak tau. Kalau dah dapat duit dr orang tu..dia tak nak salam dah..bukan dapat duit dah, katanya.Tiap kalai nak pergi mana2, dia mesti monyok sebab dia takut kami nak balik KL..atau pergi umah OPah dia..maklumlah, kat umah nenek byk kawan..
Adik - Ntah kenapa adik asyik nak memerap jer. Tapi, nasib baik ramai yg melayan dia. Memang dia dah pandai sekarang ni..dah pandai berkomunikasi dgn sepupu2 yg lain..Dia pun dah pandai kira duit..marah bila kita pegang duit dia..
Apa2 pun..raya tetap raya. Suasana memang berbeza dgn hari2 lain. alhamdulillah kerana Tuhan memberi kesempatan utk berhari raya bersama ...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment