Wednesday, October 19, 2005

Pengalaman Pertama Buat Biskut Raya

Dah 8 tahun aku kawin..inilah tahun pertama aku mencuba utk buat biskut raya sendiri. Aku pun tak pasti kenapa..tapi, tengok orang lain sibuk2 buat biskut..teringin pulak nak mencuba.

Kebetulan kakak aku yg di shah alam tu mengandung dan tak bercadang nak buat biskut raya tahun ni..so, aku pun pinjam le oven dia. Tegok2..dia dah readykan utk aku oven, penggelek tepung, papan penggelek, acuan ..siap buku resepi sekali. Heh..heh..terkejut diaorang bila aku nak buat biskut raya..sebab selalunya aku tukang order biskut yg paling aktif..

Hari Ahad malam, aku & family ke TESCO utk beli bahan2 nak buat biskut. Tercangak2 aku kat sana..aku tengok jer kakak2 yg ada kat situ..diaorg beli..aku beli..diaorg beli..aku beli..ntah biskut apa aku nak buat, belum plan lagi.

Hari Isnin, lepas berbuka..aku mulakan projek aku. Baru jer nak keluarkan Mixer ( Yg aku dapat masa lucky draw, seawal umur aliyyah dan tak pernah aku gunakan )..anak2 dah berkerumun kat tepi kabinet dapur. Aku keluarkan tepung dan bahan2 lain..dah ada tangan2 kecil yg mencapai. Huh..sampai aku tak boleh berdiri kat situ..Terkejut agaknya budak2 tu..apalah mama nak buat ni.

Pertama kali bakar..aku tengok husband aku tersenyum2..perli lah tu. Aku relax jer..bila dah masak, husband aku keluarkan loyang..kah..kah..dia gelak besar...

"Ma..biskut apa ni? Hitam..."

Aku pun tergelak..tapi, yg sebelah tengah, elok pulak. So, bakar kali ke 2, aku guna bahagian tengah jer..dan, alhamdulillah ..OK.Percubaan pertama memang kelakar..biskut aku hitam..terlalu manis (sebab ikut resepi 100%..dan agak keras )

Malam tadi, aku buat lagi..anak2 dah nampak kurang excited. Aku pun dah pandai adjust bahan2..tak ikut resepi 100%..Ha..biskut aku dah jadi..pada aku, dah sedap sangat lah tu..cuma rupanya jer kureeng sikit. Nantilah..aku akan mencuba lagi sampai perfect.

SEmalam masa mak mertua aku telefon..Dina bagitau Pah dia...kakak tolong mama buat kuih raya, tapi kuih raya mama hitam...Aku dengar Pah gelak kuat..tapi, aku tak kisah..sebab Pah memang tau, menantu nya ni memang tak pernah buat kuih raya..

Malam ni aku buat buat biskut oren..seronok rupanya buat kuih ni, kalau dah jadi satu..nak cuba yg lain pulak..pas tu, cuba yg lain pulak..patut le setengah orang tu, kuih raya jer berbalang2..Aku?? SEtakat ni satu jenis ada la dlm 25 ketul jer..sebab tepung aku kena pau dek Dina & Liyyah.

No comments: