Sunday, April 01, 2007

MaulidulRasul

26 tahun yg lalu, pagi2 aku dan kawan2 berkumpul di perkarangan sekolah kebangsaan rlkt Lasah..dengan baju kurung & tudungnya. 2 orang senior darjah 6 akan membawa sepanduk..Bukan murid sekolah saja, cikgu2 dan orang kampung pun ikut serta. Dari situ kami akan berarak..berjalan menuju ke rumah pengurus felda..lalu ikut peringkat dua..lepas tu terus ke arah sekolah menengah...sampailah ke arah kedai pak leman jambang. Kat depan tu ada padang & sekarang ni dah pun jadi tapak masjid kampung aku.

Jauh..memang jauh..naik turun bukit..sambil tu bersalawat dgn penuh semangat..memang meriah..tiba kat padang, ada persembahan nasyid, ucapan dr orang2 tertentu ( x ingat)..dan akhir sekali kami dapat nasi bungkus. Dulu2 aku rasa kami dapat nasik tu dlm plastik jer..mana ada bekas polisterin putih cam sekarang ni..tapi, apa2 pun kami cukup happy.

Lepas tu, aku rasa dah lama tak ada..betul ke orang kata perarakan tu di haramkan? Aku tak pasti..tapi, memang tak jumpa dah..kat kampung aku pun dah tak ada..kesian budak2 sekarang,..tak dapat rasa semua tu..

Pagi tadi,pihak penduduk Puchong berinisiatif menghidupkan semula budaya tu. Mula2 memang aku malas nak join..panas dan kesian anak2 letih. Tapi..ayahnya beria2 ajak..nak bagi anak merasa pengalaman tu.So..pagi2 buta , giliran aku pulak membawa anak2 berarak sempena maulidurrasul...ramai, lebih kurang 2000 orang yg turut serta. Jauh jugak..dlm 2 km..yg semput dan letih, kitaorang yg tua2 ni..budak2 tu..relax jer, mcm tak rasa apa pun.

Tapi..aku tak bagitahu diaorg yg aku sebenarnya tak rasa begitu bersemangat dan happy seperti yg pernah aku rasa dulu..kami dulu lebih bersemangat..bila berselawat tu ..rasa bersemangat dan laungan tu boleh dengar satu kampung. Budak2 sekarang ni..lebih kepada malu..diaorng lebih suka nyanyi lagu rock terjerit2 dr berselawat.

Atau..aku dah tak rasa seronok sebab aku bukan budak2..kalau aku budak2..mesti aku seronok....

No comments: