Saturday, March 31, 2007

KEBIASAAN

Bila kita dah biasa buat sesuatu benda, rasa ada kejanggalan kalau kita tak buat..Kalau tertinggal, rasa something yg tak kena..dan rasa tak senang duduk

Aku paling suka dgn kebiasaan ayah setiap pagi bila Dina bersalam nak turun kereta.Masa Dina kecik..ayah akan cium & cuit pipi Dina sebelum di hantar ke baby sitter. Bila Dina dah besar, Dina ni jenis yg agak lasak..bukan macam Liyyah yang tersangat le manjanya..So, dia kurang berkenan bila ayah cium dia.

So, jadi satu kebiasaan ayah akan cubit pipi dia selepas bersalam nak pergi sekolah. Ada sekali tu, ayah cuma salam dan terlupa cubit pipi dia..aku nampak Dina macam tertunggu2..tapi, ayah tetap terlupa. Kesian dia..So, aku pesan dgn ayah Jangan lupa cubit pipi anak tu sebelum turun kereta

No comments: