Wednesday, April 11, 2007

CUKAI

Aku masih belum isi lagi borang cukai..masa dah singkat, tapi..malas betul.

Memang aku ada bad experience dengan diaorang ni. Masa aku bujang, aku dah ada file sendiri, kat kampung atap. Bila kawin, aku suruh transfer ke PJ..tempat file husband lah. Pas tu, bila aku check..file kami masih lagi berasingan. Aku inform diaorang suruh semak semula..tau2 suami ada dua file..satu kat PJ..satu kat S Alam..rupanya, diaorg salah masukkan IC suami aku masa file yg pertama dulu. BIla hantar borang, diaorg pergi buka satu lagi file baru kat s alam..mengikut address rumah.

Aku pun call diaorang, minta cancelkan file2 yg tak berkenaan..siap e mail lagi dan yg best tu, aku dah pun dapat e mail jawapan..siap ada b/p pengarah lagi..

Tau2 tahun ni, bila dapat borang, no rujukan masih lagi berbeza..dan file yg sepatutnya dah cancel tu..masih lagi open..huh!! angin satu badan di buatnya...

Itu yg membuatkan aku menyammmmpah sesangat..dah lah under file bujang aku dulu, ada lebihan bayaran cukai..banyak jugak..tapi, bila aku check, diaorg kata tak jumpa dah file tu..

Heh..banyak betul masalahnya..tu lah ramai yg lari dr bayar cukai...

Camner pun..aku tetap akan isi borang tu..sebab itukan tanggungjawab aku sebagai rakyat malaysia..( terimakasih sebab declare 2 mei sebagai cuti...tapi, aku tak puas hati apsal government servant jer boleh cuti sempena pertabalan sultan Mizan?..diapun raja kitaorg jugak...)

No comments: