Semenjak dua menjak ni, kami berlumba2 nak fit kan badan. Maklumlah..sejak pindah ni, masing masing berjaya menambah saiz perut masing2..kecuali aku lah kan..So, hari ahad tu, kami satu family & jiran2 pergi main badminton kat Dewan MPPJ Petaling Jaya.
Sebelum pergi tu, lepak minum pagi dulu..terus pergi. Baru sampai..tak der warming up pun, masing2 terus main.Salah sorang kawan tu,dia ni memang tak der bersukan langsung for past few years..perut pun memang boleh tahan. Kawan memang excited giler berbanding kami, sebab kami ada main dah last few weeks..Masuk jer court, pukul terus gila gila..smash sana smash sini..wah..mantappp.
Tiba2, tak sampai 5 minit..pancit lah..dia terus duduk kat tepi. Kami relax lah..sambung. Memang dia nampak letih..Lepas 10 minit, tengok muka dia semacam jer..so, one of kawan jugak..ajak dia keluar, ambik angin. Bawak dia jalan2..supaya darah boleh jalan. Elok jer keluar dewan..dia terus lembik..melurut nak jatuh.cam KLCC nak tumbang.Cepat2 husband aku & Din tahan.Huh..berat tu..Memang dia pitam..kami cepat2 kipas..sapu air kat muka dia..bukakan kasut dll. Dalam hati..aku memang gabra habis. Sekarang ni, bukan tak tau..banyak kes yg M*** mengejut je(sorry Halim..ikhlas..itu yg terlintas kat kepala ni). Memang kami panik..wife dia lagi lah..dah la mendukung baby.
After a few second, muka dia nampak OK..bibir pun dah merah balik..baru le mata dia celik balik..legaaaa. Basah gak muka & kepala dia kena siram. Lepas tu..dia dah OK..dah rasa lega balik..then, after 30 minit dah boleh main macam biasa.
Tu lah..those yg dah lama tak exercise, kalau nak mula balik..jgn over excited..badan tu terkejut lagi. Maklum le..lemak2 bergegar..darah panas semacam. Warming up dulu..buat yg ringan2 dulu..pas tu, baru lah teruskan...Makan pun kena jaga..jgn main belasah jer..nanti jadi apa2 yg tak diingini, anak kita kecik lagi..siannn anak kita. Suami tu tak per..dia boleh cari ganti..ehem..ehem..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment