Selamat Hari Ibu buat semua yg bergelar ibu..pengorbanan ibu terlalu besar..tiada tandingannya. Apa saja yg aku lakukan utk keluarga sekarang..aku mesti terbayangkan macamana mak lakukan utk kami dulu.
Pagi2 lagi Dina & Liyah dah nyanyikan aku lagu Ibu..Katanya cikgu suruh nyanyi utk mama..sempat dia suruh aku tukar nama panggilan..jgn panggil mama..panggil ibu lah.
Tak kisah lah..ibu pun boleh..mama pun boleh..ummi pun boleh...
Malam tadi dia malas nak kemas buku2 dia selepas membaca...aku guna physco sikit..Aku bacakan dia buku anak rusa..Dlm cerita tu ibu rusa mati kena tembak dek pemburu. Dia tanya aku..
"apsal mama rusa tu mati..anak dia tak mati"
Aku jawab
" mama rusa mati sebab dia tak larat lari laju2..dia letih sebab anak rusa tak nak tolong mama dia kemas rumah, tak nak angkat buku2 bila dia dah baca. Mama pun tak boleh lari laju kalau Dina & Liyah tak nak tolong mama kemas".....
" Yealah..kakak kemas lah ni..nanti boleh mama lari laju..tak lah kena tembak dgn org jahat"
He..he..husband aku tersenyum dr jauh...berjaya aku kali ni...
Ibu yg baik kah aku??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Ateh, Najmi sudah pandai mengemas rumah dan membebel bila rumah bersepah (turun perangai babahnya..)like father like son...he..he...
Post a Comment