Monday, June 06, 2005

Ikhlas tapi jauh....

Semalam aku try berniaga di flea market , carefour.

Tengah aku duduk2 tu..datang seorang pak cik teksi.

"Dik..yg ni harga berapa?",...tanya pak cik tu kat aku.

Aku pun bagitau. Bila aku bagitau..terpancar raut sayu di wajah pak cik tu.

Dia pergi..berlalu begitu saja..dan datang semula selepas 20 minit.

" Dik..berapa boleh bagi diskaun??"

Aku pun macam biasa..mesti boleh runding sikit kan..

Dia diam..menarik nafas yg dalam. Aku pun terdiam..

" Camnilah pak cik..saya bagi pak cik harga ni.."saya lantas meletak satu harga yg saya rasa paling rendah pernah saya bagi..

Pak cik masih lagi dgn muka sayu. Aduh..ini yg aku lemah ni.

" Dik..pak cik ada banyak ni jer..ari tu ada duit, tak jumpa barang. Hari ni ada banyak ni jer.

Aku terdiam...cuba melarikan mata dr pak cik tu..tapi, simpati aku membuak2...

"Adik...bagi pak cik harga RM1** yer..inipun pak cik kena pinjam ngan kawan pak cik RM 10 dulu ni..." Saya terdiam...

Aku tersenyum..aku cuba ikhlaskan hatiku ..seikhlas mungkin..sambil dlm kepala berkira....ada ke untung aku ni?? Lepas tak duit kargo aku?? Duit petrol aku...tenaga & masa....

" Tak perlah pakcik..boleh lah tu..."

Cepat2 pak cik bergerak ke arah kawannya..aku kerlingkan mata..yea..memang aku nampak kawannya menghulur RM 10 utk dia.

Aku ikat tikar..aku hulurkan pada pak cik tu...

"Saya jual ye pak cik"

"Yea..pak cik beli..terima kasih"

Saya tak pandang lagi pak cik tu..saya takut perasaan saya bertukar..takut keikhlasan saya tercabar...ikhlas tapi jauh


Bila saya ceritakan pada suami..dia tersenyum...

" Taktik agaknya.."

Itulah yg saya cuba elakkan dr melihat pak cik tu..takut ada rasa curiga..tapi, bila suami dah bersuara..fikiran jahat saya mula terbit semula..

"Tak perlah ..itu antara dia dgn tuhan. Yg pasti..mama ikhlas..mama terbayangkan kalau kita sendiri ada di tempat dia...lagipun, dia tu bawa teksi..bukan bawa mercedese"

So..husband kata, dia nak pesan ngan kawan2 dia..kalau nak beli apa apa barang dr aku...jgn bawa kereta..naik basikal...

No comments: