Wednesday, September 28, 2005

Projek Ramadhan

Alhamdulillah..dalam seminggu lagi,kita akan menyambut Ramadhan. So..aku ucapkan SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN semoga RAMADHAN kali ini akan memberi seribu rahmat kepada seluruh ummat islam di dunia ini...

Aku sekarang tengah sibuk dgn projek2 aku..yg memang menjadi rutin setiap kali bulan puasa. Ada 3 projek yg tengah bermain di kepala ku..dan sedang di realisasikan..

1) Buat Kuih Diamond Roll...alhamdulillah.Ini kali pertama aku buat projek ni..mungkin sambutan tak sehebat orang lain yg meniaga kuih..tapi, syukur, ada jugak order yg masuk. Aku masih terkial2 sebab aku cuma ada masa yg terhad..

2) Aku juga tengah mencuba mencari pasaran bagi PUDING Cocktail Arenareka..Setakat ni, aku dah dapat persetujuan utk di pasarkan ke MEDEM ( Kilang Matsushita) ..tapi, dlm tempoh 2 hari sahaja. Lepas tu..mungkin aku akan mencari agen2 yg sudi memasarkan sepanjang bulan puasa. Dan ..hari ni nak approach sebuah restoren utk menyajikan puding aku tu.Harap2 berjaya..

3) Stock pakaian kanak2 dr Bandung akan sampai hari Ahad ni sekiranya tak ada apa2 yg menghalang. Setakat ni, kami dapat pemborong pakaian kanak2 berjenama Osh Kosh & Guess. Keadaan kewangan menyebabkan kami terpaksa bergantung kepada kawan yg ada disana..dan mungkin selepas ni kami akan turun sendiri ke Bandung utk proses pemilihan.Proses pemasaran masih lagi belum berlangsung memandangkan ini kali pertama kami berurusan..dan saya agak takut kelewatan stock masuk akan menyebabkan segala urusan terganggu. Jadi..tunggu barang masuk, then only kami akan war war kan..cewah.

Tahun lepas kami jual baju kurung kanak2..dan hasilnya..tersangat memuaskan..malangnya, tahun ni stock yg ada tak memenuhi selera kami. Saya rasa macam tak puas hati dgn kualiti dan tak setanding dengan yg lepas. Peniaga kecil macam kami memerlukan barang yg berkualiti..fast moving stock..baru lah senang bergerak.

Apa apa pun, saya harap Bulan Ramadhan ni akan memberi seribu rahmat kepada kami..

No comments: