Seminggu dua ni Dina sibuk minta pasangkan aircond kat bilik dia.Panas katanya..Aku rasa, tak lah panas, sebab kawasan rumah aku tu, memang tak panas..lagipun, rumah kami tu tingkat 3..angin agak kuat juga. Kipas pun dah ada..
Bila aku nak turutkan kemahuan dia..rasa tak sanggup pulak nak membayar bil nya nanti. Sekarang ni, baru pakai satu aircond pun, dah seratus lebih..pakai dua??alamak..tambahan lagi tarif elektrik nak naik ni.
Aku ni bukan apa..kadang2 rasa guilty pulak..bilik sendiri ada ..bilik anak2 tak ada. Terasa macam unfair pulak..tapi, kalau semua nak fair..apa hal pulak. Tengoklah dulu..permintaan Dina masih dalam pertimbangan..( mengalahkan surat resmi pulak)
Dah lama rasanya tak bercuti..setakat bercuti balik kampung jer lah. Last trip was ke Kuching , May last year. Tahun ni..tak ada plan pun lagi. Actually hujung Feb hari tu plan nak pergi ke Bukit Merah..tapi, budak berdua tu asyik batuk & selsema..malas rasanya nak bagi main air. So, kena tunggu lain kali. Next week cuti sekolah..orang dah mula berjalan ke sana sini..
Nak berjalan pun susah jugak..sekarang ni minyak naik..30% bukan nya sikit..TOL lagi..em, nampaknya nak kena booking airasia jugaklah..sejak2 airasia byk buat promosi ni, rasa berbaloi jugak...jimat masa dan expensesnya lebih kurang jugak.
Minggu lepas aku pergi Jaya Jusco...dengan duit rm50, aku cuma dapat beli 2 set anak patung BARBIE ( yg paling murah) dan puting botol susu aliyyah. Huh..tingginya harga barang sekarang..lima puluh dah macam tak ada makna..
Semua barang naik..gaji bila nak naik??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment