Thursday, March 02, 2006

UPDATE

Syukur alhamdulillah..sempat jugak aku menulis sesuatu hari ni. Agak sibuk dan tak punya kesempatan buka blog sendiri bukan sengaja di lakukan..tapi..memang kesuntukan betul.

Kehidupan masih seperti biasa..syukur aku nampaknya FEb ni menjanjikan rezeki yang lebih kepada kami anak beranak. Sesekali di hargai sebagai seorang pekerja cemerlang, hati rasa amat gembira. Juga rezeki dgn penambahan ahli keluarga baru..em..bukan kami ok..kakak saya selamat melahirkan seorang lagi cucu kepada mak..FATIN UMAIRAH..sikecil yg comel dan menjadi kegeraman DINA & LIYYAH.

Tadika Dina juga dah bertukar management since owner yg lama nak concerntrate on nursery. Management kali ni nampak lebih teratur dan ada good planning. Kalau ikutkan plan, selepas trip 2 minggu sudah, akan ada sports day yg akan di buat di shah alam. Maknya kami akan lebih involved dgn xtvt dia di sekolah rather than sebelum ni.

Liyyah pulak semakin cerdik..tapi, manjanya semakin menjadi2. Sekarang ni dia tak payah pakai pampers utk tidur malam dah. Kalau Dina dulu perlu di latih, Liyah tak payah..dia sendiri tak nak pakai & dia sendiri tau nak kejutkan aku utk ke bilik air malam2. Thanks Liyah..sekurang2 nya budget utk pampers dah tak perlu di buat

Mak saya ada kat shah alam sekarang..membantu kakak saya yg bersalin tu. Actually kakak saya kena operation & ada problem sikit menyebabkan dia terpaksa tinggal dlm seminggu di hospital. Jadi, mak terpaksa turun padang utk tengok2 kan anak dia yang berdua lagi tu. Tapi..budak berdua tu memang independent..walaupun baru darjah 1 & 3..dua dua tu dah pandai uruskan diri sendiri. Pandai bangun pagi sendiri..mandi bersiap tanpa perlu di suruh2..Hasil didikan kakak aku yg memang agak straight.

Hujung minggu ni insyaallah, saya kan kembali meniaga di stadium shah alam setelah berehat selama sebulan. Harap2 tak banjir macam minggu lepas..so, pada sesiapa yg jalan jalan ke sana..cari carilah saya di lot 581...

No comments: