Thursday, August 25, 2005

Bila Aliyyah demam

Petang Selasa, lepas balik kerja aku & husband bergegas ke KLIA. Hari ni ambik pengantin baru balik dr sarawak.Maghrib di Shah Alam & having dinner kat Gezebo Shah Alam. tempat ni kami panggil Gazebo sebab dia ada buat payung mcm Gazebo SS 15, Subang..tapi, yg ni bukan mamak punya.

Lepas tu terus ambik Dina & Liyyah kat umah IBU diaorng. Dekat pukul 9 mlm, barulah sampai ke rumah. Badan Liyyah terasa panas jer..memang dia demam..dan dah bawak jumpa doktor pun, tapi..panas kali ni kuat sangat aku rasa. Since IBU dah bagi dia ubat, aku tak bagi lah lagi..

Liyyah still active macam biasa, bergaduh..main..menyanyi..macam tak demam jer..itu yg buat hati aku agak lega. Memang kebiasaannya aku akan tidurkan diaorg dlm bilik diaorg sebelum aku pindah ke bilik sendiri. Bila aku peluk Liyyah..memang panas betul. Cepat2 aku basahkan towel..buat alas tidur..sebab kalau aku letak kat dahi dia, dia mesti mengamuk. Dlm sejam..aku rasa lagi badan dia..still panas. Aku dah terbayangkan hospital dah..dlm kepala berkira2..kena cuti lagi ke aku ni??

Pukul 3 pagi, aku bangun cari asam jawa dlm freeze..aku jelumkan kepala dia..dia marah..merengek2..aku cari lagi towel kecik..aku letak di dahinya..puas menahan dr di tepis.Aduhai sayang..sihatlah cepat..Tapi, panas berlarutan hingga ke pagi..nasib baik dia merengek sikit2 jer..dan mataku yg bengkak sebab tak tidur sampai pagi. Ayah di bilik sedang beradu lena..sebab memang aku tak inform dia ttg keadaan Liyyah pun.

Pagi ni..aku terus ambik emergency leave..tak sanggup aku nak biarkan Liyyah di hantar ke nursery..kesian dia, nanti tak der siapa boleh layan betul2. Kami ke klinik..Doktor kata temperature dia 39..but, malam tadi mungkin sampai 42..sebab biasanya temperature akan turun sikit waktu pagi.

Balik dr klinik, cepat2 aku masukkan ubat ke B***** Liyyah..nasib baik dia relax jer..kengkadang datang angin tak baiknya..nak makan ubat pun susah. Lepas main sekejap..dia tidur lena..sampailah ke pukul 3 petang. Bangun tidur..aku suapkan nasik & sup ketam..tapi, Liyyah tak ada selera. selalunya..bagilah apa2 sup pun..dia akan makan dgn jaya nya..

Aku terpaksa bagi dia susu di campur nestum..then, makan ubat..Liyyah lena lagi selepas satu jam..sampailah ke pukul 8 malam. Bangun tidur..baru dia nampak ceria..badan mula nak berpeluh..dan mula nak bermanja2 dgn ayah. Ayah duduk jer..dia terus panjat ke riba ayah...

Em..aku? Letih..mengantuk..semua nya ada. Bila Liyyah tidur..aku masih berjaga..Dina tu bukan boleh di biarkan main sendiri..nanti abis lipstik..bedak aku di tenyeh ke muka..itupun, semalam dia main skru driver ayahnya masa aku mandi.

MAsa nak tidur..aku terkejut bila Dina bagitau..

" Mama..cuba rasa badan kakak ni pun panas..kakak ni demam la.."

Cepat 2 aku rasa....ceh! ini kes nak ponteng nursery lah ni....

No comments: