Tuesday, August 23, 2005

Selamat Pengantin Baru

Alhamdulillah..selamat sudah adik bongsu aku menjadi seorang suami pada hari sabtu, 20/08/05. Majlis di Bintulu berjalan dengan lancar..selancar adik bongsu melafazkan penerimaan akad nya..Walaupun aku tak menghadiri majlis di sana..aku dapat merasakn kemeriahan majlis itu memandangkan adik ipar aku tu lah satu satunya anak perempuan bagi keluarga di sana. Dan..tentunya adik bongsu aku tu satu2 nya menantu lelaki ...

Aku memanjat syukur kepada Allah..kerana akhirnya hasrat arwah ayahku tercapai. Semasa arwah ayah meninggalkan kami, hanya adik bongsu je yg masih belum berkahwin..tapi, ayah sempat meraikan majlis pertunangan dia. Ternyata ayah gembira sekali. Namun..bila ayah meninggalkan kami semua, adik bongsu tak dapat meneruskan perhubungan tersebut..dan alhamdulillah, akhirnya adik bongsu bertemu jodoh dgn orang jauh. Inilah yg di katakan jodoh..walaupun pada mulanya mak sangat happy bila adik bertunang dgn orang dekat..( sangat dekat)..tapi, akhirnya mak harus akur bahawa jodoh pertemuan di tangan tuhan. Kami semua mengalu alukan kedatangan adik ipar bongsu ke dalam keluarga kami..menyemarakkan lagi hubungan keluarga kita..

Semalam rombongan balik dr Sarawak..aduh..bagasi masing2 mengalahkan bercuti 10 hari ke London. Maklumlah..sepanjang 4 hari di sana dia orang di arak macam rombongan cik kiah..semua di sponsor oleh pihak pengantin perempuan. Mak kata..tak pernha dia pergi majlis kahwin yg begitu meraikan ...seawal sampai..makan minum di taja..di hantar ke hotel..di ambil semula..siap di bawa berjalan ke sekitar bandar..dan di sediakan pula sebuah van utk tujuan persendirian. Nampak orang orang semenanjung berpuas hati dik...

Hari ni diaorang semua akan balik ke sungai siput..maklumlah masing2 dah bercuti lama..Dina & Liyyah macam tension je sebab sehari dua ni, tetamu silih berganti..Susahlah aku nak mengantar ke nursery esok..

Apa apa pun...Next month giliran mak pulak menyambut menantu di Perak..sesiapa yg membaca dan mengenali saya ataupun adik bongsu ni..saya mengambil kesempatan utk menjemput anda semua ke majlis kami di perak, 17/09/05..beralamat di 172B, Felda Lasah, Sungai Siput (U) Perak. Kampung saya betul2 berada di pertengahan Ipoh & Kuala Kangsar ( ikut Jalan Lama). No Tel 05 5911620. Jemputlah datang..kita berkongsi rezeki apa yg ada....Lawatilah portal perkahwinan di www.manmoncang.com

No comments: