Tuesday, August 02, 2005

Pindah Rumah & Tetamu Istimewa Pertama

Dah lama aku tak menulis..bukan apa, bila ada masa, aku sibuk mengunjungi blog kengkawan lain..sampai lupa yg aku ada blog sendiri nak di update.

Alhamdulillah..hujung minggu ni rumah yg aku tunggu2 tu dah boleh di duduki..cuma aku mungkin mengambil masa utk memindahkan barang2 yg ada. Bukan apa..malas nak kalut2 sebab aku masih ada masa hingga hujung bulan ni.

Jutaan terimakasih kepada suami tersayang sebab begitu bersungguh2 menyiapkan segala keperluan. Dr sebesar2 sampailah ke sekecil2 benda di teliti nya..sampai benda2 yg tak terfikir oleh aku diambil kira.

Tetamu istimewa pertama tentunya mak dr kampung yg akan datang sempena perkahwinan adik bongsu..mak akan datang dgn abg sulung & isteri, kakak No 3, Kakak No 4 sekeluarga dan yg lain2 di sini mungkin akan turut serta. Masa tu bolehlah aku buat majlis doa selamat sikit. Diaorg akan ke Bintulu pada hari Jumaat 19/08/05. Aku tak turut pergi sebab sibuk dgn kerja2 berpindah rumah..dan jugak..he..he..financial le, apalagi.

Seronok rasanya menunggu kedatangan diaorg..bukan apa, jarang sekali kami dapat berkumpul ramai2 di sini..selalunya kat kampung jer. Aku akan ambik cuti hari Jumaat tu..merebut peluang yg ada. Yang pasti, malam tu rumah aku ( yg kecik ) akan penuh..tidurlah semua sekali di situ..bergelimpangan. Walaupun rumah yg aku sewa masih boleh di duduki..tapi, aku rasa tak der siapa yg nak duduk kat sana. Lebih rela bersempit asalkan dapat bersama. Silap2 yg rumah dekat s alam tu pun ikut tidur sekali. Bantal..tilam?? Bertilamkan lantai & berbantalkan lengan jer lah...

No comments: