Semalam kami balik agak lewat ..husband tiba di ofis lebih kurang 6.30 petang. Tiba kat LDP..hujan dah mula turun..entah apalah yg mengganggu..selepas jer tol..jalan punyalah jam..aku naik tension..husband dah mula membebel2..dlm hati rasa nak marah sebab dia yg sibuk2 nak siapkan jugak kerja ( dah lewat..surelah jam)..tapi, control..aku ingat pesan org..kalau nak masuk, bawak2 mengucap & istighfar..alhamdulillah..boleh control. Lagipun..apalah nak marah2..dia pun letih jugak..
Sampai umah dah lewat gelap..tengok2 anak2 tengah lena di buai mimpi. Cepat2 solat maghrib dulu. Baru nak keluarkan ikan dr peti ais..ada sms. Em..inilah di katakan rezeki..ada neighbour nak antar lauk. Berkat menahan marah..ada rezeki masuk. Cepat2 aku mandi...anak2 pun dah bangun.
Dlm pukul 8.30..kawan tadi sampai & isteri & anak2 skali. Masuk borak2 dulu..sedapnya, dia bagi pajeri nenas. Dah mula borak tu..panjanglah cerita...Bila dia melangkah balik..sampai pulak satu family lagi kawan dr puchong jugak..em..sampai pukul 10.30 jugak baru kami dpt mengadap makan malam. Husband duk tengok lauk jer..dah tak lalu makan..dah lewat katanya.
Aku & mak makan tanpa perasaan...apatak nya..dah letih..lapar...mengantuk pulak. Gosok baju..basuh kain..layan anak..pukul 12.30 baru dapat tidur..Huh..bilakah penat ku akan berakhir??
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment